PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''KERANA itu sayugia diingat, dalam apa pun perkara, kita jangan melupakan Allah, termasuk ketika menyambut dan merayakan Ulang Tahun Hari Kebangsaan.'' - Titah Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-27 pada 23 Februari 2011.
''SESUNGGUHNYA syaitan itu mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab meminum arak dan bermain judi dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka tidakkah kamu mahu berhenti daripada melakukan perbuatan keji itu?'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Maa-idah, ayat 91).
TAHUN 61 / BILANGAN 17
8 FEBRUARI 2016 / 1437
29
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Keberangkatan Kebawah DYMM ke Tamu Kianggeh
Suntik semangat para penjaja Oleh : Mohamad Azmi Awang Damit Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 Februari. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melawat Tamu Kianggeh di ibu negara awal pagi tadi. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah disambut dengan rasa penuh kegembiraan oleh para penjaja dan pengunjung di tamu tersebut. Keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini jelas kelihatan melalui keberangkatan baginda meninjau dengan lebih dekat keadaan dan aktiviti di Tamu Kianggeh yang sememangnya sibuk terutama pada hujung minggu. Ke muka 3 KEBERANGKATAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Tamu Kianggeh dijunjung penuh mesra oleh para penjaja dan pengunjung. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit
Bendera besar negara berkibar megah Oleh : Aimi Sani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 Februari. - Bendera Besar Negara Brunei Darussalam mula berkibar megah hari ini di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara sejurus selesainya Upacara Menaikkan Bendera Besar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32 Tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ke upacara tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang
Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Upacara bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Mudim Haji Ahmad Kasra bin Haji Ibrahim, yang diikuti dengan perarakan masuk Tentera Laut Diraja Brunei bagi penyerahan dan penerimaan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam daripada tetamu kehormat.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Penyempurnaan Upacara Menaikkan Bendera Besar negara diiringi dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' oleh kumpulan koir daripada penuntut sekolahsekolah menengah serta pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei. Persembahan dua buah lagu patriotik bersama kibaran bendera kecil turut menyemarakkan upacara tersebut. Ke muka 5
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Keputusan 'O' Level dan IGCSE meningkat Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Februari. - Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'O' Level dan Peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Oktober / November 2015. Daripada 6,903 calon yang menduduki peperiksaan ini, seramai 3,064 calon atau 44.39% berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 4 Kredit 'O' level / IGCSE. Seramai 1,158 calon atau 16.78% mendapat 8 ke 13 Kredit 'O' Level / IGCSE. Manakala seramai 2,538 calon atau 36.77% mendapat 5 ke 13 Kredit 'O' Level / IGCSE. Keramaian yang memperolehi sekurang-kurangnya 4 'O' Level dalam kalangan calon-calon sekolah kerajaan mencapai 42.47%.
Faksimile: 2381004
Ke muka 9
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn