PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“DALAM makna, perbelanjaan dan perolehan adalah perlu dibuat dengan bijaksana, bukannya dengan mengambil jalan pintas melibatkan perbelanjaan yang sia-sia. Sebagai institusi besar dan dinamik, adalah wajar bagi setiap bahagian dan unit untuk terus peka dengan perancangan masing-masing dengan mengikut arus pemikiran di peringkat strategik.’’ - Titah Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-53 pada 2 Syaaban 1435 Hijrah / 31 Mei 2014 Masihi.
“DAN perangilah pada jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 190.
TAHUN 60 / BILANGAN 68
8 JUN 2015 / 1436
21
JABATAN PENERANGAN
DPMM berkenan menerima mengadap Oleh : Khartini Hamir Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Jun. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan berkenan menerima mengadap secara berasingan Duta-Duta Besar dari negara-negara ASEAN ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo L. Montealgre. DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Htun Aung. Kedua-dua TYT telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 Mei 2015. Majlis tersebut telah berlangsung di Qashr Al-Meezaan.
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo L. Montealgre.
EDISI ISNIN / PERCUMA
Kebawah DYMM hantar perutusan simpati BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Jun. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan simpati kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, berikutan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah baru-baru ini yang telah mengorbankan nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda awam dan persendirian. Dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib, baginda menyampaikan rasa simpati kepada YAB serta penduduk negeri Sabah yang terlibat. Baginda seterusnya berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan sentiasa memberi perlindungan kepada YAB dan keluarga serta kerajaan dan rakyat Malaysia. Sementara itu, dalam perutusan Kebawah DYMM kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Musa, baginda berserta kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam juga menyampaikan rasa simpati kepada YAB serta semua penduduk negeri Sabah, di atas kejadian tersebut dan seterusnya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar YAB dan keluarga serta rakyat Malaysia akan sentiasa terpelihara.
Kebawah DYMM utus takziah DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Htun Aung.
Celik Kewangan kurangkan risiko hutang Oleh : Nooratini Haji Abas
Muka 3
Muka 4
STaR bantu berhenti merokok
PRAKTIKAN kaedah kitar semula
JERUDONG, Jumaat, 5 Jun. - Celik Kewangan bermaksud mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang hal-hal kewangan yang berkaitan dengan perbankan, hartanah, insurans, pelaburan, simpanan dan cukai. Ia juga bermaksud keupayaan komuniti untuk memproses informasi ekonomi dan membuat keputusan tentang perancangan kewangan. Sehubungan itu, Majlis Perasmian Bengkel Celik Kewangan / Celik Kewangan Islam 2015 berlangsung di Park View, dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Urusan, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Dayang Hajah Lily binti Haji Kula selaku tetamu kehormat. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Jun.Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong serta kerajaan dan rakyat Republik Singapura berikutan dengan kehilangan nyawa seorang rakyat Singapura di dalam kejadian gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Perdana Menteri Republik Singapura, TYT Lee Hsien Loong, baginda amat berdukacita mengetahui mengenai kehilangan jiwa rakyat Singapura itu dan berharap semoga pasukan mencari dan menyelamat akan berjaya di dalam usaha-usaha mereka untuk mencari beberapa orang rakyat Singapura yang masih belum ditemui dan semoga mereka akan dapat pulang ke tanah air dengan selamat. Baginda mengucapkan simpati dan takziah yang amat mendalam kepada TYT Lee Hsien Loong serta kerajaan dan rakyat Singapura, terutamanya keluarga-keluarga mangsa yang terlibat.
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn