''SEBAGAI restu dan sokongan, pihak kerajaan telah pun menyediakan peruntukan, skim dan program galakan yang dikendalikan oleh beberapa kementerian. Kementerian Pendidikan misalnya, telah menerapkan kurikulum literasi bisnes dan kemahiran keusahawanan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi, termasuk di peringkat teknikal dan vokasional.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.
''WAHAI orang-orang yang beriman! janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang bathil (seperti makan riba, merampas, menipu dan berjudi), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nisaa', ayat 29).
4.46
4.56
6.17
8 OGOS 2016 / 1437
TAHUN 61 / BILANGAN 95
6.40
5
12.27
3.45
6.35
7.47
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Resepsi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kepimpinan baginda dikagumi Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani, Marlinawaty binti Hussin Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Haji Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman
JERUDONG, Sabtu, 6 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Resepsi bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Ke muka 3
KEBAWAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beramah mesra bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo L. Montealgre pada Majlis Resepsi bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun. Berangkat sama pada majlis tersebut ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan paduka-paduka anakanda serta adinda baginda. - Foto : Hernie Suliana Haji Othman (Lihat muka 3 dan 4).
ASEAN platform kukuh bina k'jasama TITAH Perutusan Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari ASEAN 2016. BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Ogos. - Hari ini sekali lagi kita meraikan Hari ASEAN. Ini memberikan kita peluang untuk mengimbas kembali akan pencapaianpencapaian kita dan pengiktirafan akan kepentingan pertubuhan ini dalam mengekalkan keamanan, kemakmuran dan keharmonian serantau. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
bertitah demikian dalam perutusan baginda sempena Hari ASEAN 2016, hari ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, dalam melalui tahun pertama kita sebagai Komuniti ASEAN, terdapat sikap optimistik yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita. Ini bukan sahaja pencapaian dalam proses penyatupaduan, bahkan ia adalah satu komitmen ke arah keamanan yang berkekalan, pertubuhan ekonomi yang mapan dan komuniti inklusif. Baginda seterusnya bertitah,
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
matlamat dan tujuan ASEAN yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli pengasasnya telah memperbolehkan pertubuhan menjadi satu platform yang kukuh untuk membina kepercayaan, mengembangkan kerjasama dan memberikan manfaat kepada semua rakyat. Dalam meraikan ulang tahun pertubuhan ke-50 pada tahun hadapan, ASEAN telah memperlihatkan ketahanan serta keupayaan untuk berkembang dan mengadaptasi pelbagai cabaran yang menyumbang secara positif pada pembangunan serantau dan antarabangsa. Dalam titah perutusan tersebut baginda berkenan mengucapkan tahniah kepada Republik Demokratik Rakyat Lao atas kejayaan mereka menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun ini, terutama sekali dalam memimpin ASEAN dalam satu fasa baharu dalam pembangunan komuniti. Baginda juga bertitah
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
melahirkan sokongan yang berterusan pada usaha-usaha mereka sejajar dengan tema 'Menukarkan Visi menjadi Realiti bagi Komuniti ASEAN yang Dinamik' (Turning Vision into Reality for a Dynamic
ASEAN Community). Mengakhiri perutusan tersebut, baginda dengan rasa gembira mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari ASEAN' kepada semua rakan-rakan ASEAN.
Muka 6
Muka 8
Mustahak berpegang teguh ideologi, falsafah MIB
APRS bantu mengurangkan masalah penebangan hutan
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn