Pelita Brunei - Isnin 9 Feb 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BAGI memastikan penerusan pencapaian kemakmuran dan pembangunan yang kita hajati itu, adalah penting bagi segenap rakyat dan penduduk di negara ini untuk mempunyai kesedaran, betapa mustahaknya hidup bersatu padu dan bersefahaman serta hormat-menghormati di antara satu dengan lain.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-44 Tahun pada 15 Julai 1990.

“PADA hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan ke atas kamu nikmat-Ku dan Aku telah redai bagi kamu Islam sebagai agama kamu.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Maa-idah, ayat 3).

TAHUN 60 / BILANGAN 17

9 FEBRUARI 2015 / 1436

19

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Presiden Republik Indonesia dan isteri diraikan pada Majlis Santap Negara

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam bersama Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Haji Joko Widodo dan isteri, Datin Ibu Hajah Iriana Widodo pada Majlis Santap Negara yang berlangsung di Istana Nurul Iman. - Foto : Hamzah Mohiddin (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3, 4, 5, 6, 7, 12, 13 dan 24).

Menjiwai hubungan kerjasama pelbagai bidang Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Nooratini Haji Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Muka 3

Muka 7

LAWATAN negara kukuhkan kerjasama Brunei - Indonesia

PRESIDEN Republik Indonesia mulakan lawatan negara

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah menikmati persahabatan berasaskan ikatan ugama, sejarah, budaya dan bahasa. Ikatan tersebut tidak akan putus walaupun masa dan keadaan sering berubah. Demikian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Santap Negara bagi meraikan Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Haji Joko Widodo dan isteri, Datin Ibu Hajah Iriana Widodo di Istana Nurul Iman. “Beta gembira persefahaman yang sangat baik telah kita nikmati di semua peringkat. Hal ini penting bagi menjiwai hubungan kerjasama kita di dalam pelbagai bidang,” titah baginda.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke muka 24

Bendera besar berkibar megah di ibu negara Oleh : Wan Mohd. Sahran Wan Ahmadi Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Februari. Negara Brunei Darussalam akan memanifestasikan satu detik bersejarah bagi mengenang sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-31 tahun ini yang lazimnya disambut pada setiap 23 Februari setelah negara ini meraih kemerdekaan penuh pada tahun 1984. Sehubungan itu, Upacara Menaikkan Bendera Besar Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 diadakan di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu Negara, di sini. Hadir pada upacara tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof. Juga hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah; Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Timbalan-Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Ke muka 8

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.