PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“BETA berpuas hati bahawa perpaduan di kalangan rakyat dan penduduk selama ini telah membantu kerajaan, terutama sekali dalam usahanya mengekalkan keamanan. Kita semua mempunyai kepentingan yang sama untuk terus-menerus menikmati keamanan, perpaduan di semua peringkat, di dalam dan di luar kerajaan akan lebih kita perlukan dalam menghadapi cabaran-cabaran pembangunan dan perkembangan aspek-aspek kenegaraan di masa hadapan.” - Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-6 Hari Kebangsaan pada 23 Februari 1990.
“KATAKANLAH: Sesungguhnya Tuhanku meluaskan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan apa sahaja yang kamu belanjakan untuk kebaikan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Saba' ayat 39).
9 MAC 2015 / 1436
TAHUN 60 / BILANGAN 29
18
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
BGIC beri kesedaran ancaman penyakit global Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman
YTM cipta dua rekod baru
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersabda, tema Persidangan Isu-Isu Global Borneo (Borneo Global Issues Conference - BGIC), Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) tahun ini, ‘Combating World Diseases’ atau ‘Membanteras Penyakit-Penyakit Dunia’ bertepatan dan kena pada masanya ketika dunia menghadapi ancaman serius dunia global dengan kemunculan wabak ebola di Afrika Selatan tahun lalu dan berterusan menghadapi ancaman daripada lain-lain penyakit dan wabak. “Sejak milenium baru ini, tajuk-tajuk utama kesihatan antarabangsa lebih didominasi mengenai ancaman-ancaman penyakit seperti Selesema Burung, HIV/ AIDS, Malaria, Tuberculosis dan sudah tentu Ebola,” sabda Yang Teramat Mulia semasa melancarkan Majlis Pembukaan Persidangan Isu-Isu Global Borneo (BGIC), ISB Kali Ke-11 di Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei, di sini. Ketika penyakit berkenaan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan kerajaan dan masyarakat di seluruh dunia, YTM yang juga selaku Penaung Diraja BGIC menyeru para belia agar tidak terlepas pandang terhadap cara hidup yang boleh menjejaskan kesihatan dan penyakit-penyakit yang boleh mencetuskan kesan secara langsung terhadap kehidupan mereka seperti penyakit jantung, kencing manis, barah, obesiti dan peningkatan drug resistant strains of pathogens. YTM berharap tema persidangan tahun ini dapat membantu menyedarkan para belia mengenai kesan cara hidup yang mereka pilih terhadap kesihatan negara secara keseluruhannya terutama dalam perkara memilih cara hidup yang sihat serta mewujudkan persekitaran keluarga yang lebih sihat sekali gus membantu mengurangkan tuntutan-tuntutan terhadap sistem penjagaan kesihatan. Ke muka 24
Kerajaan prihatin ringankan kos sara hidup secara menyeluruh Laporan : Nooratini Haji Abas Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. - Usaha-usaha kerajaan untuk membangun ekonomi negara secara sustainable dalam jangka masa sederhana dan panjang adalah perlu seimbang dicapai dalam mengurangkan jurang kemudahan dan faedah yang diterima oleh pekerjapekerja kerajaan dengan swasta. Sehubungan itu, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam memberikan manfaat yang menyeluruh kepada pekerja-pekerja sektor awam dan swasta termasuklah memperkenalkan Skim Tabung Amanah Pekerja pada tahun 1993 Masihi, Persaraan Caruman Tambahan atau SCP pada tahun 2010 Masihi.
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman semasa berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Pecut 100 Meter Peringkat Umur Terbuka Kali Ke-4 yang berlangsung di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Tutong. Berangkat menyertai kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim. - Foto : Masri Osman (Berita Lanjut ke muka 3).
Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim menjelaskan perkara itu semasa menjawab soalan mengenai penyemakan tanggagaji perkhidmatan awam yang diajukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Awang Haji A. Ahmad bin Hussin selaku Penghulu Mukim Berakas 'A' pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas bagi MMN di Dewan MMN berkenaan, di sini.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Ke muka 24
Muka 6
Muka 9
Pertandingan Lagu Puisi cungkil bakat pelajar
BDNAB terima sumbangan Kementerian Pembangunan
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn