Pelita Brunei - Isnin 9 Mei 201

Page 1

''ILMU ugama dan Al-Quran yang dimiliki dengan ala kadar, tidak akan membantu untuk melahirkan generasi yang hebat, kerana yang hebat itu ialah ugama dan Al-Quran jua. Sebab itu beta sering menekankan supaya ugama dan Al-Quran dipelajari dengan bersungguh-sungguh. Tentukanlah dasar dan matlamat yang hendak dituju, bukan membuat dasar yang melemahkan ugama.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.

TAHUN 61 / BILANGAN 56

''DAN ingatlah ketika kami wahyukan kepada mu wahai Nabi Muhammad : sesungguhnya tuhanmu, ilmu dan kekuasaannya meliputi sekalian manusia. Dan kami tidak menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai ujian bagi manusia dan demikian juga pokok Zakkum yang dilaknat dalam Al-Quran.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Isra', ayat 60).

9 MEI 2016 / 1437

2

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Terus komited dalam pergerakan kemanusiaan

636 dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan

Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman BERAKAS, Ahad, 8 Mei. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkata, Persatuan Bulan Sabit Merah, Negara Brunei Darussalam perlu terus peka terhadap cabaran dalam kepimpinan dan cabaran untuk terus meningkatkan kapasiti ahli-ahlinya. Berucap pada Majlis Perhimpunan Agung Kebangsaan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa ini adalah bagi memastikan objektif penubuhan persatuan ini akan tetap terus relevan dan mampu memberikan perkhidmatan cemerlang kepada bangsa dan negara. Dalam era ekonomi dunia yang dihambat oleh pelbagai cabaran ini, ujar Yang Berhormat, seperti juga pergerakan atau persatuan yang lain, ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, Negara Brunei Darussalam perlu lebih proaktif dalam memastikan keupayaan peningkatan diri sendiri terutama sekali dalam mencari jalan untuk menjana pendapatan sebagai pemangkin dana untuk membiayai kegiatan dan aktiviti serta urus tadbir organisasi. ''Di Brunei Darussalam, Persatuan Bulan Sabit Merah cukup sinonim dengan Perkhidmatan Pertolongan Cemas. Program-program latihan pertolongan cemas merupakan salah satu peluang yang boleh dikomersialkan sebagai produk menjana dana. Dengan penubuhan Akademi Cemas Persatuan Bulan Sabit Merah, Negara Brunei Darussalam pada tahun lalu, saya difahamkan bahawa akademi ini telah pun mendapat pengiktirafan daripada International Federation of Red Cross and Red Crescent Society dan sekali gus akademi ini juga telah diberikan pengiktirafan antarabangsa untuk mengeluarkan sijil-sijil pertolongan cemas. Saya juga dimaklumkan bahawa Persatuan Bulan Sabit Merah, Negara Brunei Darussalam telah pun bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan di negara ini dalam hubung kait penyediaan program-program pertolongan cemas yang lebih komprehensif dan bersesuaian dengan modul kebangsaan. Persatuan Bulan Sabit Merah, Negara Brunei Darussalam memainkan peranan yang amat penting dalam memberikan Perkhidmatan Pertolongan Cemas ataupun First Aid Services,'' terang Yang Berhormat.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada para pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 3 dan 4).

Ke muka 5

Harumkan nama negara Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Mei. - Peserta qari dan qariah negara, iaitu Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Siti Huzzaimah Yadey binti Haji Rosli masing-masing berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-58 di Kuala Lumpur, Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Kepulangan peserta qari dan qariah diiringi oleh Pegawai Pelajaran Ugama Kanan, Bahagian Kemajuan Syi'ar Islam (BKSI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Hassan Baha bin Haji Umar, selaku Ketua Rombongan berkenaan dan Dato Paduka Awang Haji Mohd. Yusop bin Bakar, selaku Jurulatih. Hadir bagi mengalu-alukan kepulangan rombongan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Brunei ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawaipegawai kanan dari KHEU. Ke muka 6

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Muka 5

Muka 12

SAMBUTAN Hari TINGKAT industri pembangunan Keluarga Pejabat Peguam Negara sumber tenaga manusia

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.