Pelita Brunei - Isnin 9 Nov 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''BETA dengan ini menyarankan agar ITB dan institusi-institusi pengajian tinggi lainnya melibatkan 'stakeholders' yang berkaitan, supaya segala inisiatif, seperti pendidikan dan penyelidikan akan sentiasa relevan dan menyeluruh.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ketiga Bagi Graduan Ijazah dan Majlis Konvokesyen Bagi Graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Ke-24 ITB pada 18 Muharam 1437 Hijrah / 31 Oktober 2015 Masihi.

''DAN ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu dengan sejelas-jelasnya : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur terhadap segala nikmatKu tentu Aku akan menambah nikmat itu kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur terhadap nikmat itu maka sesungguhnya azabKu sangat keras.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim, ayat 7).

TAHUN 60 / BILANGAN 134

9 NOVEMBER 2015 / 1437

27

Negara sokong agenda baharu pendidikan 2030 UNESCO PARIS, PERANCIS, Khamis, 5 November. Sesi Ke-38 Persidangan Agung Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah bersidang, di sini, mulai dari 3 November dan akan berakhir pada 18 November 2015. Persidangan yang dihadiri oleh beberapa ketua-ketua negara dan kerajaan, dan lebih daripada 150 menteri dan perwakilan daripada semua 195 negara anggota UNESCO itu antara lain membincangkan isu-isu yang berkaitan pembangunan pendidikan, kebudayaan, sains, komunikasi dan maklumat serta untuk membangun dan menetapkan dalam gerakan wawasan pendidikan baharu dan agenda untuk 15 tahun akan datang. Di bawah Matlamat Pembangunan Mampan 17 yang telah diluluskan semasa Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan September 2015, Matlamat Pembangunan Mampan baharu itu mengandungi empat agenda baharu, iaitu 'Memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang sepanjang hayat untuk semua' dan sasaran yang berkaitan dengannya, adalah matlamat pendidikan yang menyeluruh, holistik, bercita-cita tinggi, aspirasi sejagat yang akan membantu mengubah kehidupan individu, komuniti dan masyarakat.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 November. - Para jururawat dan bidan berperanan sangat penting, kerana mereka mewakili hampir separuh daripada semua pihak yang berkepentingan di barisan hadapan dalam sistem penjagaan kesihatan negara, iaitu seramai 3,046 daripada 6,205 tenaga kerja penjagaan kesihatan. Perkara itu antara yang dinyatakan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pengajian Siswazah dan Hal Ehwal Global), Institut Sains Kesihatan (IHS) Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Profesor Madya Dr. Anne

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berangkat saksikan Kejohanan Renang Terbuka Brunei

Agenda itu juga antara lain mempunyai satu matlamat EFA dan MDG yang berkaitan pendidikan, di samping menangani cabaran pendidikan global dan negara semasa dan masa depan yang berkesan. Di persidangan itu, delegasi Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Perancis merangkap Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Zainidi bin Haji Sidup. Pada persidangan itu, TYT Dato Paduka Awang Zainidi telah diiringi oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan. TYT Dato Paduka Awang Zainidi, dalam ucapannya telah berkongsi pandangan dengan menteri-menteri lain yang Negara Brunei Darussalam telah memulakan beberapa aktiviti utama sebagai sebahagian dari usaha untuk menyokong dan bertindak balas kepada mandat UNESCO termasuk Pendidikan Pos 2015 Agenda 2030. Ke muka 32

Jururawat, bidan barisan hadapan dalam sistem penjagaan kesihatan Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

JABATAN PENERANGAN

Cunningham semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Persidangan Penyelidikan Pelajar Kejururawatan dan Perbidanan Pertama bertempat di Dewan Kuliah, IHS, UBD. Tambahnya, selaras dengan visi Kementerian Kesihatan 2035, iaitu Ke arah Warga sihat, IHS perlu memainkan peranan utama dalam menyokong pencapaian visi ini. Dengan perkembangan semasa perkhidmatan di Kementerian Kesihatan, jelasnya, seperti Hospital Wanita dan Kanak-Kanak dan perkembangan Pusat Kesihatan, ia adalah sangat tepat pada masanya untuk memberi tumpuan kepada penjagaan dan amalan berasaskan bukti untuk memenuhi cabaran kesihatan global semasa dan memastikan mereka menyediakan penjagaan klinikal yang terbaik kepada para pesakit. Ke muka 3

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Terbuka Brunei Ke-4 di Kolam Renang Kebangsaan, Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 16 dan 17).

Muka 6

Muka 8

24 pegawai kanan ABDB naik pangkat

FESTIVAL Korea 2015 dirasmikan

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 9 Nov 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu