PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“MENGENAI Industri Kreatif, para belia perlu merebut peluang tersebut, kerana di negara ini, banyak bidang yang dapat diteroka, khususnya bidang seni tradisi budaya. Bidang ini merupakan warisan berharga, yang boleh diketengahkan melalui strategi pemasaran berkesan, sebagaimana dilakukan oleh negara-negara maju. Ini juga akan boleh menarik para pelancong, dan sekali gus akan membuka peluang pekerjaan bagi anak-anak muda kita.” - Titah Sempena Hari Belia Kebangsaan pada hari Isnin, 28 Syawal 1432 Hijriah / 26 September 2011 Masihi.
“WAHAI anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (menciptakan bahan-bahan) pakaian untuk menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah supaya mereka mengambil peringatan dan bersyukur.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al A'raaf ayat 26).
TAHUN 59 / BILANGAN 110
33FEBRUARI SEPTEMBER 2014 2014 / / 1435
8
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Majlis junjung ziarah bakal jemaah haji
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah bakal-bakal jemaah haji lelaki. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Sementara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada bakal-bakal jemaah haji wanita. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 September. - Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum
Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah secara berasingan bakalbakal jemaah haji negara tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi. Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah bakal-bakal jemaah haji lelaki. Ke muka 12 dan 13
Perintah Kesihatan Mental 2014 berkuat kuasa 1 November Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Perintah Kesihatan Mental 2014 (Mental Health Order 2014) yang akan mula berkuat kuasa pada 1 November 2014. Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa berucap pada Majlis
Pelancaran Jerayawara Perintah Kesihatan Mental 2014, Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, kementerian berkenaan di sini. Perintah tersebut, jelas Yang Berhormat adalah bagi menggantikan undang-undang lama lebih 80 tahun iaitu Akta Gila (Penggal 48) [Lunacy Act (Cap 48)], 1929 yang tidak lagi bersesuaian dalam keadaan dan perkembangan masa kini. Yang Berhormat berkata, Perintah Kesihatan Mental adalah sangat unik di mana ianya sejajar dengan prinsip-prinsip Syar'iah dalam Hukum Kanun Jenayah Syariah, namun perlaksanaannya masih di bawah Undang-Undang Sivil.
Menteri Kesihatan seterusnya menjelaskan, penyediaan peruntukan perintah baru ini adalah berkat usahasama dan hasil konsultasi di antara Kementerian Kesihatan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan khususnya Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Di samping itu, katanya, ianya juga mengambil kira garis panduan serta amalan-amalan terbaik mengikut piawaian antarabangsa terutama sekali saranan-saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Perintah Kesihatan Mental 2014 ini bertujuan untuk menyatupadukan undang-undang yang berhubung kait dengan kecelaruan mental dan dalam pada itu juga mewujudkan peruntukan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
bagi kemasukan, penahanan, penginapan, penjagaan, rawatan, pemulihan dan perlindungan orang-orang yang bercelaru mental serta bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan secara lebih komprehensif, holistik, bersistematik dan berkesan yang berasaskan kepada dapatan kajian (evidence based),” ujar Yang Berhormat. Perintah itu, jelasnya, telah mengadaptasikan pelbagai disiplin dan
agensi yang tertumpu kepada pengurusan kesihatan mental. Tambahnya, ini bersesuaian dengan meningkatnya kesedaran mengenai kekurangan dan ketidakcukupan rawatan bagi masalah kesihatan mental yang sangat ketara dan memerlukan perhatian serta pengurusan yang segera kerana, ‘Tidak ada kesihatan tanpa adanya Kesihatan Mental’. Ke muka 8
Muka 5
Muka 6
KEBERANGKATAN DYTM, YTM ke Republik Singapura terus eratkan kerjasama
TINJAU persiapan menjelang PSR
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn