''JIKA negara memenuhi etika perkhidmatannya yang telus tanpa pilih kasih dan rasuah, maka insyaaAllah, apa jua yang dirancang dan diusahakan akan berjalan dengan lancar dan berkat. Inilah integriti yang perlu ada Perkhidmatan Awam, tanpa integriti ini, sesebuah negara boleh runtuh, atau paling tidak, akan kehilangan daya membangunnya.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baharu Masihi 2010.
''ORANG-orang yang kafir daripada Bani Israil telah dilaknat melalui lisan Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka itu tidak saling melarang satu sama lain terhadap kemungkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya sangat buruk apa yang mereka lakukan.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maa'idah, ayat 78 hingga 79.
4.59
TAHUN 63 / BILANGAN 5
5.09
6.32
10 JANUARI 2018 / 1439
6.56
12.29
23
3.50
6.23
7.37
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Menteri Pendidikan tinjau dua buah sekolah Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan
TUTONG, Selasa, 9 Januari. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengadakan lawatan ke dua buah sekolah rendah di Daerah Tutong, iaitu Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya (SRARTM) dan Sekolah Rendah Kampung Menengah (SRKM), Kluster 5. Turut menyertai rombongan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Lawatan bertujuan bagi melihat lebih dekat lagi sesi pembelajaran di sekolah rendah khususnya dalam suasana peningkatan kelas tahun baharu ini. Yang Berhormat dan rombongan memulakan lawatan kerja ke SRARTM. Sekolah tersebut mempunyai seramai 68 pelajar, 14 tenaga pengajar dan enam kakitangan sekolah. Ketibaan rombongan di alu-alukan oleh Guru Besar SRARTM, Dayang Siti Nurhidayah binti Abdullah Tujoh. Ke muka 3
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengadakan lawatan ke dua buah sekolah rendah di Daerah Tutong, iaitu Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya dan Sekolah Rendah Kampung Menengah, Kluster 5.
619 pelatih kohort pertama PPK mula bekerja Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman
SERASA, Isnin, 8 Januari. Seramai 619 pelatih dari kohort
pertama lulus mengikuti pelbagai program di Pusat Pembangunan
Muka 4
Muka 6
PEMENANG perbarisan, perarakan maulud terima hadiah
TIMBALAN Menteri HEU tinjau dua sekolah Daerah Belait
Kapasiti (PPK) pada bulan Disember 2017. PPK kohort pertama dijalankan dalam dua kumpulan, iaitu Kumpulan 'A' terdiri daripada 308 pelatih yang melapor bekerja pada 2 Januari 2018 lalu, sementara 311 pelatih dari Kumpulan 'B' pula melapor hari ini.
Kedua-dua kumpulan pelatih berkenaan akan mula bekerja di bawah Projek Syarikat Hengyi di Pulau Muara Besar (PMB) dengan usaha sama syarikatsyarikat tempatan. Hadir bersama pada pelepasan para pelatih di Feri Terminal Serasa ialah Pemangku
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud. Ke muka 5
PARA pelatih Pusat Pembangunan Kapasiti semasa menaiki bot untuk pergi ke Pulau Muara Besar.
E-mel :pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn Hotline 217 E-mel: Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217
Faksimile 2381004 Faksimile:: 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn