Pelita Brunei - Rabu 10 Jun 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''SELURUH warga tentera hendaklah memperkukuhkan semangat cintakan institusi, sambil menjaga imej dan nama baik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.'' - Titah sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-54 Tahun, pada hari Ahad, 13 Syaaban 1436 Hijrah / 31 Mei 2015 Masihi.

TAHUN 60 / BILANGAN 69

''WAHAI orang-orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah maka selidikilah (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu terburu-buru mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam : ''Engkau bukan orang yang beriman,'' (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak mendapat harta benda kehidupan dunia kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nisaa ayat 94.

1010FEBRUARI JUN 2015 /2015 1436/

JABATAN PENERANGAN

23

EDISI RABU / PERCUMA

Lautan bukan kawasan pembuangan sampah Oleh : Khartini Hamir Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas MUARA, Isnin, 8 Jun. - Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) mengadakan kempen membersihkan takat-takat karang di kawasan Blunt Rock bagi menandakan Sambutan Hari Lautan Sedunia tahun ini. Kempen membersihkan takat-takat karang diketuai oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Aktiviti membersihkan takat turut disertai oleh seramai 60 penyelampenyelam dari Jabatan Perikanan termasuk Pemangku Pengarah Perikanan, Awang Halidi bin Mohd. Salleh serta para penyelam dari Sekolah Vokasional Wasan dan sukarelawan-sukarelawan dari Poni Divers dan Lantaran Divers. Atur cara terdahulunya dimulakan dengan taklimat ringkas dari wakil Jabatan Perikanan tentang aktivitiaktiviti yang akan dijalankan serta aspek-aspek keselamatan penyelaman

dan diakhiri dengan bacaan doa selamat sebelum menuju ke kawasan Blunt Rock. Mengucapkan selamat berlepas dari Kompleks Pendaratan Ikan, ialah Setiausaha Tetap KPSSU, Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri; Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawaipegawai kanan dari Jabatan Perikanan. Hari Lautan Sedunia diraikan seluruh dunia pada setiap 8 Jun seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 2008 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa yang berkaitan dengan lautan dan menghargai sumbangan serta kepentingan lautan dan hidupan laut kepada manusia dalam memastikan ke arah bekalan makanan, pekerjaan, pengangkutan, penyelidikan dan sebagainya yang berterusan. Ke muka 3

MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar turut membersihkan takat-takat karang di kawasan Blunt Rock. - Foto : Ihsan Poni Divers.

Kepentingan memelihara alam sekitar Penglihatan anak bulan Ramadan 16 Jun 2015

Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Hamzah Mohiddin MUARA, Isnin, 8 Jun. Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) akan terus menyebarkan mengenai dengan kepentingan dalam pemeliharaan alam sekitar kepada orang ramai. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menjelaskan perkara tersebut semasa ditemu bual oleh media pada Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia dan 'Green Brunei : Eco Drive' bertempat di Pantai Muara. Menurut Yang Berhormat, pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjaga alam sekitar, iaitu salah satu daripadanya ialah mengitar semula barangan yang sudah digunakan. Tambahnya, Persatuan Green Brunei dan Brunei Environment Youth Envoys (Brunei E.Y.E) sangat aktif dalam membantu dalam memelihara alam sekitar dan telah menyebarkan

mesej mengenai kepentingannya kepada sekolah-sekolah lain. Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah melancarkan 'Green Brunei : Eco Drive' sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, dan seterusnya penanaman pokok yang didahului oleh Yang Berhormat dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, diikuti oleh ketua-ketua jabatanjabatan di bawah Kementerian Pembangunan bersama-sama dengan penuntut daripada sekolah-sekolah sempena sambutan tersebut. Aktiviti penanaman pokok ini merupakan usaha berterusan JASTRe dengan kerjasama Persatuan Green Brunei dalam mempertingkatkan keindahan dan kehijauan kawasan riadah bagi kegunaan orang ramai. Ke muka 24

Muka 4 DIDIK anak jadi soleh, berakhlak

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Jun. - Hakim-hakim Syar’ie dan Pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri akan berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Ramadan 1436 Hijrah) pada petang hari Selasa, 29 Syabaan 1436 Hijrah bersamaan 16 Jun 2015 Masihi. Tempat-tempat strategik yang dipilih bagi melihat anak bulan Ramadan ialah Menara Data Stream Technology Sendirian Berhad (DST) di Bangunan Ibu Pejabat DST di Lebuhraya Tungku dan Bukit Agok, Jerudong bagi Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut di Daerah Belait dan Bukit Ambok di Daerah Tutong.

Muka 13

FILEM Awang Semaun dilancarkan

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Sehubungan dengan itu, pengumuman satu Ramadan iaitu awal puasa bagi tahun 1436H / 2015M akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) sebaik sahaja rukyah pada petang tersebut diperolehi melalui permakluman yang dilakukan melalui siaran RTB. Orang ramai adalah diminta memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 10 Jun 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu