''KHUSUS dalam perkara bernegara termasuk berbandar, kita adalah dituntut supaya sentiasa memelihara kesucian negara atau bandar kita itu daripada segala macam bentuk mungkar. Ini adalah amanah, dan termasuk juga selaku amanah itu ialah memberikannya imej yang baik dan indah, maksud beta, imej keislaman (Islamic image), lebih-lebih lagi sesuai dengan sifatnya selaku bumi MIB atau bumi Negara Zikir.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.
''WAHAI manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168).
4.46
TAHUN 61 / BILANGAN 96
4.56
6.17
10 OGOS 2016 / 1437
6.40
7
12.27
3.44
6.35
7.46
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Berkenan menerima junjung ziarah bakal jemaah haji
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah secara berasingan bakal-bakal jemaah haji negara. - Foto : Hamzah Mohidin dan Hernie Suliana Haji Othman (Lihat muka 2, 3 dan 4).
Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan tahniah
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong serta kerajaan dan rakyat Republik Singapura bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-51 Republik Singapura.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong serta kerajaan dan rakyat Republik Singapura bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-51 Republik Singapura. Dalam titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, TYT Dr. Tony Tan Keng Yam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan penghargaan di atas hubungan persahabatan dan kerjasama yang telah lama terjalin yang terus kukuh dan semakin akrab di antara kedua-dua buah negara dan rakyat. Sementara itu, di dalam perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Singapura, TYT Lee Hsien Loong, baginda amat menghargai persahabatan erat dan juga rakan kongsi yang bernilai yang berterusan di antara rakyat dalam bidang perniagaan dan juga kerajaan kedua-dua buah negara dan berharap agar perhubungan persahabatan sedemikian akan terus
Faksimile: 2381004
dipertingkatkan lagi di tahun akan datang. Pada mengakhiri perutusan baginda kepada TYT Dr. Tony Tan Keng Yam dan TYT Lee Hsien Loong itu, baginda menyampaikan ucapan selamat menyambut hari perayaan kepada TYT-TYT dan keluarga serta juga seluruh rakyat Singapura.
Muka 5
DYTM berkenan berangkat ke pembukaan Sukan Olimpik Ke-31
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn