Pelita Brunei - Rabu 10 Sept 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“APAPUN bentuk perubahan atau inovasi dalam pembelajaran, tidaklah ada apa-apa sebarang halangan, dengan syarat, ianya hendaklah terbit dari acuan berpaksikan MIB. Ini penting, untuk menjadikan para guru itu mencapai “Kualiti tulen Brunei” yang sebenar-benarnya.” - Titah Sempena Hari Guru Kali Ke-23 Tahun 1434 H / 2013M.

“DARI Anas bin Malik berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Menuntut ilmu adalah satu kefarduan ke atas setiap Muslim.” - (Riwayat Imam Ibnu Majah).

TAHUN 59 / BILANGAN 113

1010FEBRUARI SEPTEMBER 2014 2014 / /1435

15

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Pencegahan, pengawalan penting Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 September. Situasi dan cabaran berkaitan cara hidup yang kurang sihat telah mendatangkan masalah kesihatan yang semakin membimbangkan. Hal ini kerana, penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit jantung, diabetis, serebro-vaskular dan tekanan darah tinggi telah menjadi punca utama kematian sejak 10 tahun kebelakangan. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda semasa melancarkan Kempen Kebangsaan Membanteras Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit 2014 yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini. Sehubungan itu, sabda Duli Yang Teramat Mulia, Kementerian Kesihatan dalam laporannya bagi tahun 2012, mencatatkan kelima-lima jenis penyakit tersebut menyumbang kepada 670 kematian pra-matang atau 55 peratus daripada 1,216 jumlah kematian keseluruhannya. “Beban penyakit tidak berjangkit ini dijangka akan meningkat sebanyak 17 peratus lagi dalam tempoh sepuluh tahun mendatang jika tindakan pembanterasan termasuk langkah-langkah pencegahan dan pengawalan secara komprehensif diabaikan,” tegas DYTM. Menyentuh mengenai Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, DYTM bersabda bahawa penyakit tidak berjangkit adalah merupakan punca kematian utama yang telah mengakibatkan 36 juta kematian iaitu 63 peratus daripada anggaran 57 juta jumlah kematian global pada tahun 2008. Manakala sesuku daripada kematian global berkaitan penyakit tidak berjangkit adalah kematian pra-matang yang berlaku sebelum mencapai usia 60 tahun. “Setiap individu perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk memelihara serta menjaga dengan sebaiknya tahap kesihatan masing-masing. Mentaliti bergantung atau menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab ini kepada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan, perlulah diperbetulkan,” sabda DYTM. Sementara itu, DYTM bersabda, hasil kajian setempat membuktikan bahawa faktor risiko gaya hidup individu yang kurang serasi adalah antara penyebab utama penyakit tidak berjangkit seperti kanser, jantung koronari, kardio-vaskular, diabetis dan pernafasan kronik. Ke muka 24

Muka 3 Penyakit tidak berjangkit dikenal pasti

Cabaran utama kesihatan dunia

Berkenan menerima mengadap Menteri di JPM, Malaysia

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Malaysia, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom.

Oleh : Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Malaysia, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom yang mengadakan lawatan kerja di negara ini, di sini. Hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Yang Berbahagia Hajah Haznah binti Md. Hashim; Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Haji Othman bin Mustapha; Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri; Penasihat

Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaafar dan Pengurus, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Abibullah bin Haji Samsudin. Turut hadir pada majlis mengadap ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Setiausaha Tetap, JPM, Dato Paduka Haji Mohd. Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam. Majlis mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

Penjagaan kesihatan tanggungjawab semua stakeholders di negara ini. Oleh : Nooratini Haji Abas, Rahimah Haji Tamin, Nurul Syakirah Zaini (Mahasiswa UBD) Foto : Masri Osman, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 September. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Awang Haji Mohd. Yusof menekankan menjaga kesihatan adalah tanggungjawab yang sepatutnya digalas dan dilaksanakan oleh semua stakeholders termasuk setiap individu, keluarga dan segenap lapisan masyarakat

Menteri Kesihatan menyentuh perkara itu pada sembah alu-aluannya pada Majlis Pelancaran Kempen Kebangsaan Membanteras Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit 2014, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.