Pelita Brunei - Rabu 11 Mac 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“PARA usahawan mesti bergerak mengembangkan perniagaan dan industri masing-masing. Tanpa terhenti setakat tangga pertama sahaja, tetapi perlu mendakinya sehingga sampai ke puncak. Semua ini beta timbulkan ialah bagi menarik perhatian majlis supaya tetap fokus kepada perkara-perkara besar dan mencabar, bukannnya yang membawa kita leka dan lemah.” - Titah Sempena Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Bagi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara 2015.

“DARI Ibnu Umar Radiallahuanhuma katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Islam diasaskan atas lima perkara: kesaksian bahawa tiada uhan selain daripada Allah dan Muhammad pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardu haji dan berpuasa di bulan Ramadan.” - (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

11 11 FEBRUARI MAC 2015 2015 / 1436 /

TAHUN 60 / BILANGAN 30

20

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

BND6.4 bilion anggaran belanjawan 2015/16 dibentangkan

Fundamental ekonomi negara perlu dipertingkat Wujudkan pembangunan dinamik, seimbang, 'sustainable' Defisit belanjawan BND2.282 bilion

Berkenan menerima mengadap

Tingkat produktiviti Awam dan Swasta Laporan : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Ak. Jefferi Pg. Durahman

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Mac. Kerajaan perlu meningkatkan lagi usaha-usaha untuk mengukuhkan asas-asas atau fundamental ekonomi negara bagi mewujudkan pembangunan yang dinamik, seimbang dan sustainable. Ketika membentangkan kertas Cadangan Rang Undang-Undang (2015) Perbekalan 2015 / 2016 termasuk peruntukan bagi Kumpulan Wang Kemajuan, dicadangkan keseluruhannya sejumlah Enam Ribu, Empat Ratus Juta Ringgit Brunei (BND6,400,000,000) ataupun BND6.4 bilion dari Kumpulan Wang Yang Disatukan, bagi perkhidmatan Tahun Kewangan 2015 / 2016, Menteri Kewangan Kedua di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim menegaskan dengan mengambil kira keperluan tersebut, maka cadangan Belanjawan bagi Tahun Kewangan Bagi Tahun ini dirancang dengan bertemakan ‘Modal Insan Berkualiti, Mendukung Pembangunan Inklusif’. Modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan dinamik, akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap produktiviti Sektor Awam dan Swasta.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Dato Seri Laila Jasa Tan Sri Dato' Shamsul Azhar Abbas, di Istana Nurul Iman. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali (Berita lanjut ke muka 3).

Ke muka 20

Laksana empat fokus utama belanjawan negara Laporan : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Ak. Jefferi Pg. Durahman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Mac. - Dalam merancang belanjawan negara beberapa peruntukan telah disediakan yang dihasratkan untuk mencapai beberapa matlamat utama antaranya pencapaian dalam bidang Pendidikan; meningkatkan produktiviti dan efficiency Sektor Awam; menekankan kepada

membina kapasiti belia-belia; menyediakan dan menaik taraf infrastruktur perindustrian; memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta memudah cara dan mendukung ekosistem perekonomian, perniagaan dan pelaburan di negara ini. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan

Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa membentangkan Kertas Cadangan Rang Undang-Undang (2015) Perbekalan 2015 / 2016 dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 2015 pada hari ketiga yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini. Menteri Kewangan II (Kedua)

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

di JPM turut menjelaskan, selaras dengan tema Belanjawan ‘Modal Insan Berkualiti, Mendukung Pembangunan Inklusif’ tumpuan dan keutamaan perbelanjaan Kerajaan bagi tahun 2015 / 2016 dijuruskan kepada meneruskan pelaksanaan empat fokus utama, Pertama, memperkasa Pendidikan dan Latihan; kedua, Meningkatkan Produktiviti; ketiga, Merangsang Kegiatan Pelaburan dan keempat, Meningkatkan Kesejahteraan Awam. Ke muka 15

Muka 3

DPPW berkenan menerima mengadap

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.