PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''SECARA khusus, beta ingin menyebut di sini peranan pendidikan dalam negara sedang membangun. Tidak diragukan lagi, Brunei kini adalah sebuah negara sedang membangun dan selaku negara sedang membangun, sasaran utamanya ialah untuk mencapai taraf 'negara maju'.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Kali Ketiga Bagi Graduan Ijazah dan Majlis Konvokesyen Bagi Graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Ke-24 ITB pada 18 Muharam 1437 Hijrah / 31 Oktober 2015 Masihi.
TAHUN 60 / BILANGAN 135
“DARI Abu Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : ''Apabila aku melarang kamu dari melakukan sesuatu, maka jauhilah ia. Dan apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah apa yang kamu mampu.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
11 11 FEBRUARI NOVEMBER 2015 2015 / /1437
29
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Bijaksana buat penilaian Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Hamzah Mohidin, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 November. Orang-orang Islam perlu bersikap lebih bijaksana dalam membuat penilaian, dan cara terbaik membuat penilaian itu ialah dengan berpandukan kepada sumber-sumber asal Al-Qur'an dan Al-Hadits serta qaul ulama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan perkara itu ketika menyempurnakan Perasmian Majlis Ilmu 2015 sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Ke muka 2
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan memulakan penulisan Mushaf Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan penulisan ‘Basmallah’ pada lembaran Umul Kitab sempena Majlis Ilmu 2015. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 16 dan 17).
Ilmuwan perlu berdiri teguh BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, para ilmuwan perlu berdiri teguh, selaku ilmuwan sejati, untuk menulis dan bercakap, semata-mata berlandaskan ilmu pengetahuan jua, tanpa dipengaruhi oleh lain-lain elemen. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyarankan perkara tersebut ketika berkenan menyempurnakan Perasmian Majlis Ilmu 2015 sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah melahirkan rasa sangat teruja mengalu-alukan kehadiran para tetamu khas dari luar negara yang telah sudi bersama-sama memeriahkan majlis itu dan juga ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penganjur Bersama, Negara Brunei Darussalam dan Rabitah al-'Alam al-Islami serta para pembentang kertas yang terdiri daripada para ilmuwan di dalam dan luar negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah melihat majlis itu adalah sangat-sangat bermakna dari sudut semangat dan tujuannya, untuk memenuhi tuntutan ugama, supaya kita mengadakan permuzakarahan
dan perbincangan dalam bidang-bidang keilmuan. Baginda bertitah, ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab para ilmuwan bagi menghidupkan ilmu itu dan menghidangkannnya kepada umum oleh sebab masyarakat sangat berhajat kepada ilmu, kerana ilmu itu adalah suluh yang menerangi kehidupan dan santapan bagi rohani. Ilmu, titah baginda, tidak akan mekar tanpa digilap yang mana perbincangan ataupun permuzakarahan adalah salah satu cara menggilap ilmu. ''Oleh itu, beta amat gembira kerana Brunei Darussalam pada hari ini turut menyumbang ke arah menggilap ilmu itu,'' titah baginda. Baginda juga berharap para ilmuwan yang terlibat dengan 'Usaha Besar' ini akan dapat merealisasikan peranan mereka selaku da'i, guru dan pembimbing yang dirahmati Allah. ''Sepatah kata yang dituang ke atas kertas atau ucapan oleh lidah adalah ia cahaya dari ilmu, dan bayangkan, kalau kata-kata itu terbentuk menjadi sebuah kertas kerja atau ucapan panjang, maka tidak syak lagi ia adalah cahaya berlapis cahaya. ''Demikianlah hebatnya ilmu itu. Beta tidak ragu, majlis pada hari ini dan yang berikutnya untuk beberapa hari selanjutnya, insyaaAllah akan dapat menghasilkan rumusan-rumusan yang berguna untuk jadi rujukan dan panduan kita bersama,'' titah baginda lagi.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 4
MHEU menerima kunjungan hormat
Muka 8
MajlEx2015 berinformatif
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn