''BETA suka mengingatkan, bahawa perbuatan menghina Nabi atau menghina ugama dalam apa pun bentuknya adalah tidak akan ada titik noktahnya selama mana ada matahari dan bulan. Tinggal sahaja, kita amat perlu waspada dan bijaksana menghadapinya. Kita umat Islam tidak usahlah hilang punca, tetapi yang penting, suburkan ilmu ugama di dada dan mintalah kepada Allah supaya Dia menetapkan iman, agar kita tidak terpedaya dengan agenda-agenda jahat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-7 Tahun 2012.
''WAHAI orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu tetap sebagai orang Islam.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali Imraan, ayat 102).
4.39
TAHUN 62 / BILANGAN 122
4.49
6.06
11 OKTOBER 2017 / 1439
6.29
20
12.08
3.24
6.08
7.17
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Berangkat saksikan Kejohanan Polo Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
JERUDONG, Selasa, 10 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, di sini. Berangkat menyertai kejohanan tersebut bagi pasukan Brunei I ialah putera dan puteri Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong. Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.
Penutupan jambatan penghubung menyeberangi Sungai Brunei Siaran Akhbar : Jabatan Kerja Raya
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Oktober. - Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada penduduk di sekitar Mukim Lumapas, Mukim Sungai Kebun dan sekitarnya bahawa jambatan penghubung menyeberangi Sungai Brunei dari
Kampung Sungai Kebun ke Jalan Residency akan ditutup pada Khamis, 12 Oktober 2017, jam 11.30 malam hingga 15 Oktober 2017, jam 11.00 pagi. Penutupan jambatan berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja persiapan bagi acara perasmian Jambatan Sungai Kebun, perarakan
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
kapal-kapal dan perahu-perahu berhias dan pertunjukan bunga api yang dijadualkan pada hari Sabtu 14 Oktober 2017, jam 7.30 malam. Demi keselamatan dan kesejahteraan bersama, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakan jambatan tersebut dan tidak menghampiri kawasan sekitarnya ketika waktu latihan dijalankan dan sewaktu acara perasmian tersebut dilangsungkan.
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 4 & 5
Muka 11
BERKENAN berangkat merasmikan Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA
DOA Kesyukuran sempena Sambutan Kebawah DYMM Menaiki Takhta
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn