Pelita Brunei - Rabu 12 Nov 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“APABILA lahir nanti saintis dan teknologis kita, kita akan sokong dan berikan mereka kemudahan yang cukup untuk terus mengharungi penyelidikan dan pengembangan, di mana hasilnya kelak akan menjadikan kita ini bangsa yang sentiasa di hadapan dan berjaya. Semuanya itu dalam keredaan Allah.” - Titah Sempena Perasmian Majlis Ilmu 2014 Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-68 Tahun pada 4 Muharram 1436H bersamaan 28 Oktober 2014M.

“DAN mereka bertanya kepadamu (wahai Nabi Muhammad) tentang (hakikat) roh. Katakanlah: “Roh itu adalah daripada urusan Tuhanku dan kamu tidak dikurniakan ilmu pengetahuan melainkan hanya sedikit sahaja.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ ayat 85).

TAHUN 59 / BILANGAN 140

1212FEBRUARI NOVEMBER 2014 2014 / / 1436

Laporan : Ak. Jefferi Pg. Durahman Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas dari Beijing, Republik Rakyat China BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Selasa, 11 November. - Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC Ke-22 (AELM) 2014 yang berlangsung selama dua hari di Beijing, Republik Rakyat China bukan hanya memberi peluang kepada 21 Ketua-Ketua Negara APEC mencari jalan dan inisiatif kerjasama serantau tetapi juga turut membuka mata dunia dalam mengeratkan serta memperkukuhkan lagi hubungan negara masing-masing. Sepanjang sidang APEC yang berprestij berlangsung, ia juga memberikan peluang masyarakat seluruh dunia dapat menyaksikan saat yang membanggakan dan menjadi lipatan sejarah bagi Ketua-Ketua Negara APEC yang turut menghadiri sidang tersebut. Kesudian Ketua-Ketua Negara APEC hadir pada sidang berkenaan cukup memberi satu penghormatan yang besar buat China lebih-lebih lagi Presiden negara tersebut yang buat pertama kalinya menjadi pengerusi sidang APEC. Rasa penghormatan yang besar dan bermakna juga turut diberikan oleh Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang

JABATAN PENERANGAN

19

EDISI RABU / PERCUMA

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sejurus baginda selesai mengurniakan titah. Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping, selaku Pengerusi Ketua-Ketua Ekonomi APEC kali ini, mengucapkan tahniah dan penghargaan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana baginda merupakan satu-satunya Ketua Negara yang telah menghadiri kesemua AELM secara berterusan dari awal ia mula ditubuhkan 25 tahun yang lalu, serta sumbangan yang berharga baginda kepada APEC selama ini. Ucapan tahniah dan penghargaan yang diberikan oleh TYT Presiden Republik Rakyat China ke hadapan majlis Kebawah DYMM adalah satu penghormatan yang amat besar dan bermakna, di mana ia menandakan China begitu menghormati dan menyanjung tinggi segala usaha serta sumbangan Kebawah DYMM kepada APEC selama ini dan ini sekali gus membuktikan yang baginda bukan hanya sebagai seorang raja yang prihatin kepada rakyat dan negara baginda sendiri bahkan juga kesediaan baginda di dalam sama-sama memberikan buah fikiran serta sumbangan yang berharga kepada masyarakat APEC.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC Ke-22 (AELM) 2014 sambil dialu-alukan oleh Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3, 4, 5, 6, 7 dan 8).

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-25 bermula hari ini

Asia Pasifik pacu pertumbuhan global BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Selasa, 11 November. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah untuk mengekalkan Asia Pasifik sebagai pemacu pertumbuhan global. Baginda bertitah, APEC perlu meningkatkan usaha-usahanya

untuk mencapai lebih banyak perkembangan dalam inisiatifinisiatif APEC, khususnya inovasi adalah merupakan elemen penting dalam memacu pertumbuhan dan produktiviti ekonomi, terutama sekali bagi perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana. Oleh yang demikian, persekitaran menyokong inovasi yang berasaskan pasaran perlu diwujudkan termasuk memperbaiki sistem pendidikan dan meningkatkan lagi pelaburan dalam penyelidikan dan

pembangunan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian semasa berkenan berangkat menghadiri Sesi Retreat Kedua Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC Ke-22 (AELM) 2014 yang berlangsung di Jixian Hall, International Convention Center (ICC), Yanqi Lake. Ke muka 3

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salat dan Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor dari Nay Pyi Taw, Republik Kesatuan Myanmar NAY PYI TAW, REPUBLIK KESATUAN MYANMAR, Rabu, 12 November. - Republik Kesatuan Myanmar tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-25 dan

mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan bermula hari ini, 12 hingga 13 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa, (MICC) Nay Pyi Taw, Myanmar. Selain daripada Sidang Kemuncak ASEAN ini, terdapat Kemuncak ASEAN dan Rakan Dialog – India Ke-12, Jepun Ke-17, Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-6 dan Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke- 40 ASEAN-Australia akan diadakan pada 12 November. Manakala Sidang Kemuncak Ke-17 ASEAN-China, ASEAN +3 Ke-17 Kemuncak Asia Timur Ke-9, Kemuncak ASEANAmerika Syarikat Ke-2 dan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ASEAN-Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC) dan Majlis Penutup Rasmi dan Penyerahan Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN seterusnya kepada Negara Malaysia pada 13 November. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.