Pelita Brunei - Rabu 12 Ogos 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''DUNIA dan budaya manusia tidak akan berhenti dari berubah, tetapi bukanlah semua perubahan itu bernama 'tamadun'. Ada perubahan yang membawa keburukan. Dan perubahan seperti ini dapat disifatkan sebagai 'virus' jahiliah yang sangat membahayakan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1425 pada 22 Februari 2004.

TAHUN 60 / BILANGAN 96

''WAHAI orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ahzab ayat 70).

1212FEBRUARI OGOS 2015 2015 / 1436 /

JABATAN PENERANGAN

26

EDISI RABU / PERCUMA

Tingkat kerjasama pelbagai bidang Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Haniza Abdul latif BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengalu-alukan pengukuhan hubungan dua hala yang berterusan sejak Rundingan Tahunan Ke-18 pada 3 November 2014 yang lalu, dan mengakui komitmen untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, bagi manfaat kedua-dua buah negara. Kedua-dua pemimpin juga berpuas

hati mengenai kemajuan menggalakkan di bawah pelaksanaan Pertukaran Dokumen (Exhange of Letters) ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2009, yang menggariskan pentingnya mengukuhkan hubungan mesra antara kedua-dua buah negara selain memajukan lagi kerjasama strategik. Hal ini terkandung dalam Kenyataan Bersama Rundingan Tahunan Ke-19 di antara Pemimpin Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, yang berlangsung hari ini, di sini. Ke muka 24

Sambutan perayaan utama, keraian bermula 15 Ogos

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak selepas selesai Majlis Penandatanganan bagi 'Bilateral Agreement for Mutual Fibre Optic Exchange and Grant of IRU' di antara DST Communications Sdn. Bhd. dan SACOFA Sdn. Bhd. sempena Rundingan Tahunan Ke-19 di antara Pemimpin Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 3, 4 ,5 dan 6 ).

Pergerakan tahanan dipantau Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Haniza Abdul latif

Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Ogos.- Acara-acara sambutan perayaan utama dan keraian yang lain akan bermula pada 15 Ogos ini dengan dimulakan Istiadat Perbarisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dan disusuli dengan Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman. Sehubungan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan tarikh 15 Ogos sebagai cuti khas sempena menyambut Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-69, tahun ini. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersabda, mengumumkan perkara ini pada Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Sultan Ke-69 yang berlangsung di Bangunan JPM, Jalan Menteri Besar pada 14 Julai lepas. Sambutan tradisi turun-temurun itu tidak syak lagi merupakan satu simbol kekukuhan perpaduan dalam kalangan rakyat dan penduduk di Brunei dan adalah sinonim dengan kemajuan, keamanan dan kemakmuran berterusan yang terhasil daripada kepimpinan seorang raja yang bijaksana lagi berjiwa rakyat. Persiapan-persiapan bagi acara-acara perayaan tersebut telah disusun di seluruh negara. Ke muka 24

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Muka 9

BULAN Syawal masih disambut meriah

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak menyambut baik mengenai perbincangan berterusan pergerakan tahanan dari kawasankawasan di antara Sabah dan Sarawak melalui Negara Brunei Darussalam dan pergerakan tahanan dalam Negara Brunei Darussalam melalui Sarawak. Perkara itu terkandung dalam Kenyataan Bersama setelah Rundingan Tahunan Ke-19 di antara Pemimpin Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, di Istana Nurul Iman, di sini. Dalam Kenyataan Bersama itu, kedua-dua pemimpin terus menggalakkan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengukuhkan

kerjasama dalam bidang ini, terutamanya dalam usaha ke arah penyelesaian dari Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipersetujui. Kedua-dua pemimpin juga mengalu-alukan peningkatan hubungan budaya di antara kedua-dua negara sejak tahun-tahun yang lalu. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga mengambil kira dalam kepentingan Malaysia untuk meneroka kerjasama dalam bidang kekeluargaan, wanita dan kanak-kanak, serta menggalakkan kedua-dua pihak untuk mengkaji kemungkinan mengadakan penempatan dua hala para pegawai dan kakitangan, serta pertukaran kepakaran di antara kementerian berkenaan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pula mengharapkan penyertaan atlet Negara Brunei Darussalam di Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Malaysia, pada 2016 dan berharap penyertaan kontinjen Negara Brunei Darussalam yang berterusan dalam acara sukan itu pada masa akan datang. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.