''DALAM jangka waktu yang agak panjang sebulan penuh, kita sebenarnya adalah diuji, sama ada mampu ataupun tidak untuk bersabar memenuhi titah perintah Allah dengan berpuasa. Jika kita mampu bersabar, maka kitalah orang yang berjaya, sedang kalau tidak, maka kitalah orang yang kekal kecewa di hari akhirat kelak.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.
''HARTA dan anak pinak itu adalah perhiasan kehidupan di dunia dan amalan-amalan soleh yang kekal itu lebih pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik menjadi harapan untuk kebahagiaan hidup di akhirat.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dlaam Surah Al-Kahfi, ayat 46).
4.41
TAHUN 61 / BILANGAN 84
4.51
6.15
13 JULAI 2016 / 1437
6.38
8
12.27
3.52
6.37
7.52
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menjirus aying asah-asahan ke makam ayahanda dan bonda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit ketika berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit dan Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali (Lihat muka 2, 3 dan 4).
Latihan menjunjung keberangkatan giat dijalankan Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
KUALA BELAIT, Selasa, 12 Julai. Latihan terus dijalankan bagi mengemas kini persediaan menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat serta Penduduk di Daerah Belait sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-70. Latihan penuh yang diadakan di Padang Bandaran Kuala Belait telah dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70, meninjau latihan tersebut.
2 Hari Lagi E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Ke muka 6
Majlis Kesyukuran Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan, 14 Julai Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 Julai. - Acara keugamaan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70, Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi akan diadakan pada hari Khamis, malam Jumaat, 14 Julai 2016 bertempat di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara mulai jam 5.45
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
petang dengan tumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Di samping itu, beberapa buah masjid lain juga akan dijadikan sebagai tumpuan mengikut daerah-daerah seperti di Daerah Brunei dan Muara, Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Negara Lambak Kanan. Manakala di Daerah Belait pula ialah di Masjid Muhammad
Faksimile: 2381004
Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Perpindahan Negara Kampung Pandan Kuala Belait dan Masjid Pekan Seria. Di Daerah Tutong, tumpuan ialah di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. Sementara di Daerah Temburong akan diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar. Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bagi sama-sama menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70, Tahun 1437H / 2016M.
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn