Pelita Brunei - Rabu 13 SEPT 2017

Page 1

''KALAU Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail diuji dengan nyawa, mengapakah kita yang cuma diuji dengan ibadat dan melaksanakan hukum-hakam dalam kehidupan ini, tidak sanggup kita tunaikan? Sepatutnya senario ini membawa keinsafan kepada kita, bahawa setiap ujian itu ada hikmahnya. Kerana Allah tidak menguji kosong, tetapi mahu melihat siapakah di antara hamba yang diuji itu yang mampu bersabar dengan ujian?'' - Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1438H / 2017M.

''DARIPADA Ibnu Umar Radiallahuanhuma : Apabila engkau bertemu orang haji (yang baru balik haji) maka bersalamlah dengannya dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan Allah Ta'ala (doanya adalah dimakbulkan).'' - Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (Riyawat Al-Imam Ahmad).

4.44

TAHUN 62 / BILANGAN 110

4.54

6.12

13 SEPTEMBER 2017 / 1438

6.34

12.17

21

3.19

6.21

7.30

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Majlis Pembukaan CAEXPO dan CABIS Ke-14

Hubungan ekonomi dan perdagangan ASEAN-China berdaya tahan Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

NANNING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Selasa, 12 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Ekspo China - ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan ASEAN-China (CABIS) Ke-14; dan Pavilion City of Charm Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC) di Nanning, Republik Rakyat China. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat

Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM dijunjung oleh Naib Gabenor Wilayah Otonomi Guangxi Zhuang, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Zhang Xiaoqin. Ke muka 3

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Pembukaan Ekspo China - ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan ASEAN - China (CABIS) Ke-14; dan Pavilion City of Charm Negara Brunei Darussalam. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.

Negara alu-alukan kerjasama pelbagai bidang dengan China

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

22 Hari Lagi

NANNING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Selasa, 12 September. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Dialog Roundtable dengan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif dari Syarikat-Syarikat China semasa Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan ASEAN - China (CABIS) Ke-14 yang berlangsung di Hotel Grand Metropark Liyuan, Nanning. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM dijunjung oleh Pengerusi Majlis bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa China dan Pengerusi Jawatankuasa CABIS, Tuan Yang Terutama Jiang Zengwei; Setiausaha Parti Wilayah Otonomi Guangxi Zhuang, Tuan Yang Terutama Peng Qinghua dan Setiausaha Agung CABIS, Puan He Xiaoling. Sebelum acara bermula, Kebawah DYMM dijunjung bagi sesi bergambar ramai. Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Tuan Yang Terutama Jiang Zengwei. Ke muka 6

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 11 BERANGKAT menghadiri Istiadat KEBERANGKATAN Kebawah DYMM ke Pavilion Komoditi NBD Ziarah Penghormatan Terakhir bagi Al-Marhum DYMM Sultan bagi CAEXPO Ke-14 Kedah Darul Aman

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Muka 8

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.