''DARIPADA Umar bin Al-Khattab Radiallahhuanha ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat. Sesungguhnya balasan bagi setiap orang itu mengikut apa yang diniatkannya.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
''TANGGUNGJAWAB kita bukanlah setakat membina bangunan atau membina negara. Tetapi, tanggungjawab paling mencabar ialah tanggungjawab membina insan.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-12.
5.07
TAHUN 63 / BILANGAN 20
5.17
6.36
14 FEBRUARI 2018 / 1439
6.58
12.35
28
3.55
6.33
7.44
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Utus takziah berikutan nahas pesawat di Rusia BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama
Vladimir Putin di atas kehilangan nyawa berikutan dengan nahas pesawat di Daerah Ramensky, Wilayah Moscow. Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM
berasa sedih mengetahui tentang kehilangan nyawa akibat daripada nahas tersebut. Baginda dan kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati
yang amat mendalam kepada TYT Vladimir Putin, kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia, terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam trajedi berkenaan.
Pengurusan Maktab Urusan Haji Negara dipuji Pertukaran, Pelantikan Pegawai Kanan Kerajaan Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Februari. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Pengarah Dasar dan Pentadbiran di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Ramlee bin Haji Jamudin ditukar dan dilantik sebagai Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan di Kementerian Pendidikan. Tarikh pertukaran dan pelantikan pegawai tersebut bermula pada 7 Februari 2018.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Kerajaan Arab Saudi diketuai oleh Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Yang Berhormat Dr. Mohammed Salih bin Tahir Bentin ketika mengadakan perjumpaan dan Mesyuarat Pengurusan Haji Tahunan Peringkat Menteri Tahun 1439 Hijrah di bangunan Kementerian Haji dan Umrah di Jeddah, Arab Saudi.
Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama
JEDDAH, ARAB SAUDI, Isnin, 12 Februari. - Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji dan Umrah telah mengadakan perjumpaan dan Mesyuarat Pengurusan Haji Tahunan Peringkat Menteri Tahun 1439 Hijrah yang berlangsung pada 11 Februari yang lalu di bangunan Kementerian Haji dan UmrahLagi di Jeddah, 52 Hari
Arab Saudi. Mengetuai bagi Kerajaan Brunei ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Kerajaan Arab Saudi diketuai oleh Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Yang Berhormat Dr.
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Mohammed Salih bin Tahir Bentin. Yang Berhormat Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi dalam ucapannya memuji pengurusan Maktab Urusan Haji Negara Brunei Darussalam kerana dapat mengekalkan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dalam mengurus jemaah haji pada musim haji yang lalu sehingga jemaah haji dapat melaksanakan ibadat haji dengan lebih sempurna dan bersistem. Ke muka 3
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 4
Muka 6
PMB Kampung Pandan bagi Warga Emas dirasmikan
PIAWAIAN Brunei mengenai Ladang Organik dibarigakan
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn