Pelita Brunei - Rabu 14 Okt 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''PENGORBANAN melalui ibadat adalah pengorbanan paling suci yang menjanjikan kebahagiaan di akhirat. Kerana itu, sambil kita berkorban sunat dengan menyembelih binatang, marilah, kita berkorban juga melalui pelbagai ibadat lain, khasnya ibadat-ibadat wajib.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.

''SESUNGGUHNYA berjayalah orang yang mensucikan dirinya daripada kufur dan maksiat. Dan menyebut serta mengingat nama Tuhanmu serta mendirikan sembahyang.'' - (Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-A'laa, ayat 14 - 15).

TAHUN 60 / BILANGAN 123

14 14 FEBRUARI OKTOBER 2015 / 1437

1

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Doa punca kebajikan bersama Oleh : Hezlinawati Haji Abd Karim, Abu Bakar Haji Abd. Rahman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, doa kita pada setiap tahun itu adalah benar-benar menjadi punca kepada kebajikan bersama. Ketika bertitah sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1437, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyatakan bahawa dengan rahmat-Nya jua, Negara Brunei Darussalam benar-benar bebas daripada sebarang kemelut di mana rakyat hidup bersatu hati, tiada pergaduhan atau pertelingkahan yang membebankan, bahkan semuanya adalah berjalan dengan baik. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia lagi, doa akhir dan awal tahun Muka 3

itu hanyalah rutin biasa saja, tetapi baginda penuh yakin, bahawa rutin inilah satu kelebihan untuk kita, di mana impaknya adalah sangat hebat, mampu untuk menjadikan negara dan kehidupan sejahtera. ''Betapa tidak, isi kedua-dua doa tersebut, jika Allah memperkenankan-Nya, tidak diragukan lagi, semua kebaikan adalah milik kita. Di dalam Doa Akhir Tahun kita meminta supaya Allah mengampunkan segala dosa dan menerima taubat kita, sementara dalam Doa Awal Tahun pula kita memohon agar Allah melindungi kita daripada kejahatan syaitan, pembantu-pembantu dan askaraskarnya serta meminta supaya jangan dipesongkan oleh nafsu yang jahat. Andainya doa-doa ini diterima oleh Allah, maka tidakkah ini satu jaminan untuk kita meraih segala kebaikan berupa keselamatan, kebahagiaan, kemakmuran dan lain-lain?,'' titah baginda. Ke muka 32

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1437 Peringkat Negara di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor (Lihat muka 16 & 17).

Keberangkatan Kebawah DYMM semarak Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 Oleh : Samle Haji Jait, Bolhassan Haji Abu Bakar

Berangkat memperingati 200 tahun perkhidmatan Gurkha

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke Majlis Sambutan Awal Tahun Baru

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Hijrah 1437 Peringkat Negara. Majlis diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman

serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun Baru Hijrah 1437. Berangkat sama ialah padukapaduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Ke muka 16 & 17

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 14 Okt 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu