PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“IKHLAS adalah penawar atau ubat segala kepincangan. Khasnya dalam bidang pekerjaan atau tugas, jika seseorang itu sungguh-sungguh ikhlas, maka sudah barang tentu dia akan bersih dari segala macam sifat buruk, seperti tamak, dengki, tidak amanah, rasuah dan seumpamanya. Inilah dia kepentingan ikhlas itu.” - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi 1431 Hijrah / 2010 Masihi pada hari Sabtu, 13 Rabiulawal 1431 / 27 Februari 2010.
TAHUN 60 / BILANGAN 45
“DARI Anas bin Malik ia berkata : sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Menuntut ilmu adalah satu kefarduan ke atas setiap Muslim.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
1515FEBRUARI APRIL 2015 2015 / 1436 /
25
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Kekalkan warisan adat, budaya Brunei Oleh : Khartini Hamir Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyaksikan pameran pada perasmian Festival Kebudayaan : Adat Resam Etnik Melayu di Brunei Darussalam di ruang legar, Airport Mall, Berakas.
BIIBBF promosi destinasi pelancongan negara Berita dan Foto : Musa Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 April. - Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah kali keempat Festival Tahunan Motosikal Berkuasa Tinggi Antarabangsa Pulau Borneo (BIIBBF) Ke-16 yang akan diadakan mulai 1 - 3 Mei 2015 akan datang. Mesyuarat mengenai persediaan festival tersebut diadakan di Jabatan Kemajuan Pelancongan yang merupakan pemudah cara utama bagi festival tersebut. Bagi mejayakan festival bertaraf antarabangsa itu, Jabatan Kemajuan Pelancongan juga mendapatkan kerjasama daripada beberapa jabatan lain termasuk Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan
Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Radio dan Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan dan sebagainya. “Festival ini adalah acara pertama di dalam senarai kalendar aktiviti pelancongan bagi tahun 2015 yang melibatkan sokongan Jabatan Kemajuan Pelancongan,” kata Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Dayang Norain binti Haji Tersad yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Sokongan yang dimaksudkan adalah merujuk pada mendapatkan kerjasama dari jabatan-jabatan lain yang relevan bagi
urusan logistik dan sebagainya. Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) akan mewakili Negara Brunei Darussalam di Festival Tahunan BIIBBF Ke-16 nanti. Menurut Presiden PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad, festival tersebut bukan bertujuan untuk mempamerkan motosikal-motosikal berkuasa tinggi tetapi lebih cenderung pada perjumpaan bersama para penggemar motosikal berkuasa tinggi dari Pulau Borneo dan negara-negara serantau. “Festival ini mampu mempromosikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah destinasi pelancongan yang sangat unik untuk diterokai,” kata Pengiran Haji Redzuan ketika menyampaikan taklimat mengenai persediaan festival yang akan diadakan bulan depan. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 April. - Warisan adat dan budaya bangsa Brunei yang terdiri daripada tujuh puak merupakan khazanah yang sangat berharga yang mencerminkan identiti bangsa Brunei yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi. Justeru itu, kita perlu mengekalkan adat budaya yang diwarisi itu untuk dikenali oleh masyarakat dunia sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat dan menjadikan kita sebagai bangsa yang dihormati dan disegani. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menekankan perkara itu ketika merasmikan Festival Kebudayaan : Adat Resam Etnik Melayu di Brunei Darussalam di ruang legar, Airport Mall, Berakas. Pepatah Melayu ‘Usul menunjukkan asal’ berperanan menggambarkan keperibadian dan budi pekerti orang-orang Brunei, dalam mana, ujar Yang Berhormat, budaya bukan sahaja dilihat dari aspek ekspresif tetapi juga sebagai budaya simbolik yang melaluinya dapat difahami jiwa nurani bangsa Brunei yang berpegang teguh kepada konsep Melayu Islam Beraja dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Akan tetapi, tegas Yang Berhormat, dalam dunia yang mengejar modenisasi dan globalisasi amalan-amalan budaya tradisi yang mengandungi nilai-nilai murni seperti budaya makan tahun, memucang-mucang, bertemaruk dan sebagainya sudah hampir dilupakan oleh masyarakat kita, natijahnya adalah dikhuatiri warisan budaya bangsa akan hanya tinggal dalam dokumen-dokumen sejarah dan arkib. Yang Berhormat seterusnya berkata, demi keseimbangan tamadun dan identiti bangsa kita perlu mempertahankan dan mengekalkan budaya yang diwarisi melalui pendedahan dan memberikan kefahaman kepada masyarakat umum khususnya generasi muda agar ia tidak pupus dan terhakis oleh pengaruh budaya popular yang semakin meresap di era globalisasi. Tambah Yang Berhormat, dalam usaha untuk mengekal dan mengembangkan budaya kita hendaklah melihat kepada empat komponen budaya Brunei yang perlu kita pertahan dan kembangkan yang terdiri dari pemikiran dan idea bangsa Brunei dalam bentuk sastera, bahasa dan legenda yang dapat dilihat dari hasil karya penulisan dan cerita rakyat; kedua adalah dari aspek kebendaan yang meliputi alat perkakas dan teknologi; ketiga ialah kesenian orang-orang Brunei; dan keempat ialah nilai dan norma hidup yang digambarkan melalui adat resam dan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan. Ke muka 24
Muka 6
HARI Keluarga Kebangsaan disambut 3 Mei 2015
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn