Pelita Brunei - Rabu 15 Jun 2016

Page 1

''SETIAP keluarga mestilah bijak menggunakan masa, termasuk merebut peluang dari hari-hari kelepasan atau cuti-cuti awam umpamanya, untuk mengajar atau membawa anak-anak ke kelas-kelas tambahan Al-Quran atau lain-lain yang bersifat ilmu. Kita tidak wajar membiarkan atau menggunakan masa terbuang begitu saja. Kerana masa itu adalah emas, semua orang memerlukannya untuk digunakan pada tempattempat yang selayaknya.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.

''MAKAN serta minumlah kamu (pada waktu malam bulan Ramadan itu) sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib).'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 187).

4.34

TAHUN 61 / BILANGAN 72

4.44

6.09

6.33

15 JUN 2016 / 1437

9

12.22

3.48

6.33

7.49

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Jun. - Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Berangkat ke majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB. Keberangkatan tiba Yang Teramat

Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini dijunjung oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang juga selaku Ahli Jemaah Tadbir Yayasan; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, selaku Timbalan Pengerusi I Lembaga Pengarah YSHHB dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga selaku Timbalan Pengerusi II Lembaga Pengarah YSHHB. Ke muka 2

Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Kerajaan Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan menjirus aing asah-asahan ke Pusara Nenda Yang Teramat Mulia, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

5,126 anak yatim terima sumbangan derma

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Jun. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Elektrik di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Elektrik di Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri mulai 1 Jun 2016 dan Pemangku Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Dayang Mazriyani binti Haji Abdul Ghani untuk ditetapkan dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Jabatan Perdana Menteri mulai 9 Jun 2016.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Jun. - Sejumlah BND503,065 didermakan kepada 5,126 anak yatim di seluruh negara yang didaftarkan di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Dari jumlah tersebut, BND256,300 disumbangkan oleh Tabung Anak Yatim Kebangsaan yang dikendalikan di bawah JAPEM, BND65,920 dari Tabung Dana Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara (DBM) dan

BND180,845 disumbangkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Seramai 3,296 penerima anak yatim dari DBM menerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Derma disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Datin; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah BIBD; Pemangku Pegawai DBM, Awang Haji Misle bin Haji Abdul Karim dan Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Dayang Hajah Noraini binti Haji Sulaiman. Ke muka 3

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Muka 5

Muka 10

Kementerian Pertahanan bertahlil di Kubah Makam Diraja

Laksana kerja amal bersihkan tanah perkuburan

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.