PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''PIHAK-PIHAK dalam kerajaan pula sentiasa berkewajipan untuk mendekati rakyat dan penduduk dengan maklumat-maklumat yang berguna supaya mereka dapat sama-sama merasakan betapa mustahaknya negara merancang dan membangun untuk kemajuan.'' - Titah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Majlis Mesyuarat Negara.
''PADA hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Maa-idah, ayat 3).
TAHUN 60 / BILANGAN 150
16 16FEBRUARI DISEMBER2015 2015/ / 1437
4
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Bersama rakyat dan penduduk NBD di United Kingdom dan Northern Ireland
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima junjung ziarah rakyat baginda yang terdiri daripada penuntut-penuntut, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas, berkursus dan dalam percutian bersama keluarga pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Northern Ireland. Majlis tersebut berlangsung di Hotel Hilton on Park Lane, London, United Kingdom pada hari Ahad, 13 Disember 2015. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dari London, United Kingdom (Lihat muka 3, 4, 12 dan 13).
Pertahankan sistem nilai Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri
Muka 6
DIKIR Maulidur Rasul di Masjid SSBRPAD
LONDON, UNITED KINGDOM, Ahad, 13 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah memanjatkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat pula bersama-sama dengan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang sedang berada di United Kingdom dan Ireland Utara, penuntut, pegawai kerajaan dan mereka yang sedang di dalam percutian bersama keluarga. Baginda seterusnya bertitah bahawa perjumpaan seperti ini memberikan peluang kepada baginda untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi akan perkembangan khususnya kemajuan dan susah senang yang dilalui oleh para pelajar di United Kingdom dan Ireland Utara. Menurut baginda lagi, ia adalah penting untuk
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
BAGINDA bertitah bahawa para pelajar mesti betul-betul memahami akan kedudukan 'sistem nilai'. Dalam hal ini, baginda menegaskan bahawa para pelajar berada di negara orang lain adalah semata-mata untuk mengambil ilmu dan bukan untuk mengambil budaya atau cara hidup orang lain. Inilah caranya untuk memelihara dan mempertahankan sistem nilai para pelajar masing-masing. memastikan para pelajar tidak akan ke mana-mana melainkan semata-mata bulat menumpukan perhatian pada pengajian sahaja. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Northern Faksimile: 2381004
Ireland. Majlis berlangsung di Hotel Hilton on Park Lane, di sini. Baginda juga bertitah bahawa dalam era ini, macam-macam perkara boleh berlaku yang boleh memalingkan seseorang itu dari tanggungjawabnya pada sesuatu yang tidak berfaedah dan merugikan. Ke muka 4
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn