Pelita Brunei - Rabu 16 OGOS 2017

Page 1

''BETA suka mengingatkan, bahawa perbuatan menghina Nabi atau menghina ugama dalam apa pun bentuknya adalah tidak akan ada titik noktahnya selama mana ada matahari dan bulan. Tinggal sahaja, kita amat perlu waspada dan bijaksana menghadapinya. Kita umat Islam tidak usahlah hilang punca, tetapi yang penting, suburkan ilmu ugama di dada dan mintalah kepada Allah supaya Dia menetapkan iman, agar kita tidak terpedaya dengan agenda-agenda jahat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungiawab.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-7 Tahun 2012.

''WAHAI orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepada kamu : lapangkanlah tempat duduk di majlis-majlis (untuk orang lain), maka lapangkanlah, nescaya Allah memberi kelapangan untuk kamu. Dan apabila dikatakan : berdirilah, hendaklah kau berdiri, nescaya Allah meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Mujadilah, ayat 11).

4.47

TAHUN 62 / BILANGAN 98

4.57

6.16

16 OGOS 2017 / 1438

6.39

12.26

23

3.41

6.33

7.44

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berangkat menghadiri Istiadat Persandingan Diraja Siaran Akhbar : Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Foto : Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat bagi Istiadat Persandingan Diraja Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim dan Encik Dennis Muhammad Abdullah yang berlangsung di Balai Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.

JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA'ZIM, Isnin, 14 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Istana Besar Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim bagi Istiadat Persandingan Diraja Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim dan Encik Dennis Muhammad Abdullah yang berlangsung di Balai Singgahsana dan juga Majlis Persantapan di Dewan Santapan. Ke muka 3

Ambil peranan aktif dalam rancangan Sambutan Jubli Emas Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

50 Hari Lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Ogos. - Penghulupenghulu mukim dan ketua-ketua kampung dihasrat akan dapat menggerakkan anak buah kampung dan mukim untuk mengambil peranan aktif dalam rancangan-rancangan yang akan diungkayahkan semasa sambutan kenegaraan nanti, iaitu Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Menteri Hal Ehwal Dalam

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyatakan perkara tersebut semasa berucap pada Sesi Muzakarah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penghulupenghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara (DBM) bagi Zon 1 dan Zon 3 yang berlangsung di Jabatan DBM, Berakas. Ke muka 8

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 6

SKUAD bola jaring negara kecewa kepada Singapura Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Muka 9

REFLEKSI Program Perkembangan Sultan's Scholar 2017

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.