Pelita Brunei - Rabu 16 Sept 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''KHASNYA ahli-ahli akademik tempatan kita, rebutlah peluang membina diri dengan memperkasa kebolehan dan kepakaran, mengasah bakat dan menampilkan diri demi ilmu, bukan dengan menyorok di bilik-bilik kuliah sahaja. Adapun masyarakat dan negara sentiasa menunggu mereka, dan ingin untuk mendengar dan membaca dari mereka.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-27 UBD pada 25 Zulkaedah 1436 Hijrah / 9 September 2015 Masihi di Dewan Canselor UBD.

''DAN bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hajj, ayat 34).

TAHUN 60 / BILANGAN 111

16 SEPTEMBER FEBRUARI 2015 2015 / / 1436

2

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Penglibatan belia penting tangani cabaran sejagat Perutusan tahniah kepada PM baru Australia

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Yang Berhormat Malcolm Turnbull berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Australia yang baru.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah

perutusan tahniah kepada Yang Berhormat Malcolm Turnbull berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Australia baru-baru ini. Dalam titah perutusan tahniah tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap semoga Yang Berhormat akan berjaya dalam menjawat jawatannya yang baharu itu, dan Kebawah DYMM

seterusnya berharap akan dapat bekerja rapat dengan Yang Berhormat dalam memperkukuhkan persahabatan dan kerjasama yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah kerajaan dan juga rakyat negara masing-masing. Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda mengucapkan salam muhibah kepada Yang Berhormat Malcolm Turnbull.

Teknologi, kesalinghubungan fokus utama Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Hajah Norizan Mahal Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali JERUDONG, Selasa, 15 September. Teknologi dan kesalinghubungan sentiasa dan akan terus menjadi fokus utama logistik perkongsian maklumat. Peranan maklumat dan bagaimana ia digunakan mempunyai implikasi yang luas untuk kejayaan semasa operasi logistik. Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan

Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit menjelaskan perkara itu semasa berucap selaku tetamu kehormat pada pelancaran Seminar Pegawai-Pegawai Kanan Logisik Kawasan Pasifik (PASOLS) Ke-44 berlangsung di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Tambahnya, salah satu cara untuk memaksimumkan penghantaran elemen sokongan yang betul, pada masa yang betul adalah melalui peningkatan perkongsian maklumat, dan ini seterusnya, boleh dicapai melalui aplikasi maklumat yang sesuai dan teknologi komunikasi (ICT).

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

PASOLS Ke-44 kali ini membawa tema 'Logistik Bersama' yang disertai oleh ketua-ketua dan wakil-wakil Pertubuhan Logistik Tentera daripada 28 buah negara yang mengambil bahagian dalam persidangan itu, antaranya Argentina, Australia, Bangladesh, Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Kanada, China, Perancis, Republik Indonesia, Jepun, Kribati, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, Republik Filipina, Samoa, Republik Singapura, Kepulauan Solomon, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand, Tonga, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vanuatu. Ke muka 24

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 September. Penglibatan golongan belia dalam proses pembangunan Komuniti ASEAN adalah sangat penting khususnya dalam bersama-sama menangani cabaran sejagat termasuk penglibatan golongan youth employment. Ke arah itu, berbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan menerusi dasar yang disepakati. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda demikian pada Majlis Perasmian Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Asia Tenggara 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Menurut sabda Duli Yang Teramat Mulia, ini termasuk meningkatkan lagi kesalinghubungan rangkaian perhubungan di kalangan para belia bagi memudah cara perkongsian kepakaran belia serantau. DYTM percaya perkongsian tersebut pula dapat mencetus satu sinergi yang boleh memacu pembangunan sosioekonomi negara dan serantau dengan kadar yang lebih cepat. "Ringkasnya, sekiranya golongan belia hari ini memiliki akhlak mulia dan berhemah tinggi dengan berpegang teguh kepada Al-Qur'an serta diadun dengan ilmu pengetahuan dan kepakaran yang tinggi di peringkat serantau, insyaaAllah, akan seterusnya memudah cara keberhasilan bagi menjana rantau yang aman makmur dan progresif yang diberkati Allah Subhanahu Wata'ala. Dengannya jua, kesejahteraan rakyat dan negara akan lebih terjamin," tegas DYTM. Dalam konteks rantau kita, DYTM bersabda, ASEAN mempunyai penduduk berjumlah 600 juta yang mana sekitar 400 juta atau 65 peratus daripadanya adalah di kalangan yang berusia di bawah 35 tahun. Justeru, tambah sabda DYTM, golongan belia dan remaja memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju pembangunan dan perkembangan masa depan negara dan serantau. Kerana itu, DYTM menekankan para pemimpin ASEAN memberikan keutamaan kepada pembangunan belia serantau di dalam gagasan dan kerangka-kerja Komuniti Sosio-Budaya dan Sosio-Ekonomi ASEAN. Ke muka 24

Muka 3

Muka 6

PSW pupuk kesedaran cara hidup sihat

HOSPITAL RIPAS terima sumbangan kerusi roda

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.