Pelita Brunei - Rabu 17 Dis 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“PARA pelajar kita berpegang teguh dengan ajaran Islam tulen dan turut mengikuti perkembangan di tanah air, terutama sekali mengenai langkah kita melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syar’iah. Walaupun berada di luar negeri, namun mereka perlu tahu, sekurang-kurangnya mengetahui pengertian-pengertian yang terkandung didalamnya.” - Titah sempena Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Northern Ireland pada 29 Disember 2013.

“DAN janganlah kamu makan harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil, dan janganlah kamu mengeluarkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim supaya kamu dapat mengambil sebahagian daripada harta orang dengan cara berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 177).

TAHUN 59 / BILANGAN 155

1717FEBRUARI DISEMBER2014 2014/ / 1436

24

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan utus tahniah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe, berikutan dengan kemenangan Liberal Democratic Party semasa Pilihanraya Umum di Jepun baru-baru ini. Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menitahkan bahawa kemenangan Liberal Democratic Party tersebut menunjukkan sokongan dan keyakinan rakyat Jepun terhadap kepimpinan TYT Shinzo Abe. Baginda seterusnya menitahkan bahawa hubungan di antara kedua-dua negara sentiasa mesra dan telah mencapai kemajuan signifikan dalam berbagai-bagai bidang. Baginda berharap untuk meneruskan kerja bersama TYT untuk meningkatkan lagi hubungan cemerlang dan amat bernilai ini. Pada mengakhiri perutusan itu, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe, bagi kemenangan Liberal Democratic Party semasa Pilihanraya Umum di Jepun.

Kertas Putih Pengangkutan Darat :

Selaras Wawasan 2035 Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Disember. - Pada tahun 2013 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya ada 10 penyebab utama di negara ini.

Secara global, kecederaan akibat kemalangan jalan raya berada di tangga kelapan bagi punca kematian dan penyebab utama kematian bagi

KERTAS Putih Mengenai Pengangkutan Darat adalah selaras dengan Wawasan 2035 dan visi Kementerian Perhubungan untuk mengurangkan kadar kemalangan atau mangsa jalan raya di negara ini.

golongan belia yang berusia dari 15 hingga 29 tahun. Oleh yang demikian, Negara Brunei Darussalam cuba untuk menekankan dengan lebih jauh lagi mengenai inisiatif keselamatan jalan raya dan strategi yang mensasarkan pencapaian dan objektifnya. Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar yang juga selaku Penasihat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam (MKKJR) berucap demikian semasa Majlis Pelancaran Kertas Putih Mengenai Pengangkutan Darat Brunei Darussalam dan Majlis Perasmian Bagi Seminar Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan 2014 yang diadakan di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan. Menurut Yang Berhormat, pelancaran Kertas Putih Mengenai Pengangkutan Darat itu adalah selaras dengan Wawasan 2035 dan visi kementerian tersebut iaitu 'Masyarakat Bijak dan Cemerlang Dalam Komunikasi Menjelang Tahun 2017'. Turut disampaikan pada majlis itu ialah ucaptama Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan yang disampaikan

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

oleh Ketua Setiausaha, ASEAN New Car Assessment Programme (NCAP), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Khairil Anwar Abu Kassim. Majlis juga diselajurkan dengan perasmian Seminar Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan selama dua hari yang dibukakan bagi penyertaan orang ramai yang diadakan di Institut Teknologi Brunei (ITB). Seminar pada tahun ini bertemakan 'Berusaha Ke Arah Sistem Keselamatan' yang pertama kali dianjurkan bersama oleh Kementerian Perhubungan dan ITB dengan kerjasama para ahli MKKJR. Ia adalah salah satu inisiatif dan program MKKJR yang dijangka menyediakan platform untuk penyebaran maklumat pelbagai sektor yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya dengan memberi tumpuan kepada beberapa konsep sistem yang lebih selamat, iaitu kenderaan lebih selamat, jalan raya yang lebih selamat dan pemandu yang lebih selamat. Seminar ini diharap akan dapat memberikan fokus praktikal ke arah pemberian manfaat kepada orang ramai.

Muka 3 PENGAGIHAN poster barigakan sambutan Ulang Tahun PDB Ke-94

Muka 4 JBP terima pelawat Persatuan PERISMA

Ke muka 12

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 17 Dis 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu