Pelita Brunei - Rabu 17 Feb 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''JIKA sesuatu nilai itu bercanggah dengan agama dan adat resam kita, maka itu sangatlah tidak baik bagi kita, lalu hendaklah ia disekat. Kerana jika tidak, ia akan meracuni kita.'' - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-20 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Tahun Masihi 2004 pada 2 Muharam 1425 Hijrah / 23 Februari 2004 Masihi.

''WAHAI orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ahzab, ayat 41).

TAHUN 61 / BILANGAN 21

1717FEBRUARI FEBRUARI2016 2016/ / 1437

8

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Inovasi, ekonomi digital rangsang pertumbuhan ekonomi Laporan dan Foto : Samle Haji Jait dari California, Amerika Syarikat CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT, Isnin, 15 Februari. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah dengan memberikan penekanan pada Inovasi dan Ekonomi Digital Merangsang Pertumbuhan Ekonomi. Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah berkenaan pada Retreat 1, Sidang Kemuncak Khas Pemimpin-Pemimpin Amerika Syarikat ASEAN (AS ASEAN) yang diadakan di Great Room, Sunnylands Welcome Center, Sunnylands Center and Gardens, di sini. Pada titah tersebut, baginda mula-mula melahirkan rasa gembira di atas penekanan berterusan AS bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dengan ASEAN. Dalam pada itu, baginda menekankan pentingnya ASEAN dan AS untuk membincangkan kerjasama bagi menangani cabaran yang dihadapi ekonomi global seperti harga minyak yang menurun dan pasaran kewangan yang tidak dapat dijangkakan. Kebawah Duli Yang Maha

Mulia juga menegaskan, pentingnya kerjasama yang lebih kukuh ke arah menggalakkan inovasi dan ekonomi digital sebagai strategi-strategi utama bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang juga merupakan salah satu keutamaan Wawasan ASEAN 2025 ke arah meningkatkan nilai global rantau ini. Untuk itu, baginda melahirkan harapan supaya AS dapat berkongsi amalan-amalan terbaik bagi mewujudkan persekitaran yang boleh memupuk pertumbuhan inovasi dan kreativiti di rantau tersebut. Dalam hal ini, mewujudkan satu program bagi warga ASEAN menjalani latihan dengan pelbagai syarikat-syarikat Amerika adalah antara perkara yang boleh dilaksanakan dan sebagai salah satu cara yang boleh menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia. Akhir sekali, baginda mengambil maklum bahawa kemajuan-kemajuan teknologi mampu memudahkan lagi perniagaan, sama ada kecil mahupun besar untuk beroperasi secara global. Oleh itu, Kebawah DYMM menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan teknologi dan ekonomi digital untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi global.

Perbuatan menghina bendera negara diambil tindakan Siaran Akhbar : Jabatan Keselamatan Dalam Negeri

KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Sunnylands Welcome Center, Sunnylands Center and Gardens dialu-alukan oleh Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Barack Obama (Lihat muka 3 dan 4).

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Februari. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengambil perhatian serius terhadap tindakan beberapa individu warga asing yang bekerja di negara ini didapati menggunakan bendera negara dengan cara tidak selayaknya dan mencemarkan lambang kedaulatan negara. Baru-baru ini, imej gambar telah didapati aktif disebarkan yang memaparkan bendera negara dicemarkan serta tidak dihormati dan ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Agensi-agensi penguatkuasaan telah menjalankan siasatan terperinci ke atas beberapa orang warga asing berikutan penyebaran gambar tersebut. Ke muka 8

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 17 Feb 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu