Pelita Brunei - Rabu 17 Jun 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“PERTAHANKANLAH jati diri, integriti dan semangat kebruneian, dan bawalah ke mana saja budaya MIB, cara hidup dan cara berfikir MIB, bukan yang lain-lain.” - Titah di Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Yang Berada Di United Kingdom dan Northern Ireland dan Penganugerahan Biasiswa 'Chancellor's Scholar' Universiti Brunei Darussalam, Sesi 2014 / 2015, London, United Kingdom.

“BULAN yang paling dicintai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam akan berpuasa di dalam bulan Syaaban kemudian meneruskannya di dalam bulan Ramadan.” - (Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dari 'Aisyah Radiallahuanha).

TAHUN 60 / BILANGAN 72

17 FEBRUARI 17 JUN 2015 2015 / 1436 /

30

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Sukan SEA Ke-28 tutup tirai Jumpa lagi di Malaysia 2017 DPPW berkenan menerima mengadap

Laporan : Samle Haji Jait dari Republik Singapura

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Salah Mohi Eldin Elwassimy di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan.

Oleh : Aimi Sani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Jun. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap Duta Besar

Istimewa dan Mutlak Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Salah Mohi Eldin Elwassimy dan mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dua hala dan hal ehwal antarabangsa. Tuan Yang Terutama menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Jun 2014 dan berpejabat di Kuala Lumpur. Majlis Mengadap berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan.

REPUBLIK SINGAPURA, Selasa, 16 Jun. Api obor Sukan SEA Ke-28 yang megah menjulang sepanjang 12 hari sukan dwitahunan itu berlangsung di Kota Singa telah dipadam sejurus pengisytiharan penutupan rasmi oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam sekali gus menandakan berakhirnya persaingan lebih 7,000 atlet dengan menyertai 36 acara sukan. Persembahan penutupan rasmi dengan penuh meriah itu lebih memfokuskan tema ‘Perayaan dan Persahabatan’ sebagai simbolik kemeriahan selepas mencipta kemenangan, di samping meningkatkan persahabatan serantau melalui temasya sukan. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat menyaksikan Upacara Penutupan Rasmi Sukan SEA Ke-28 di Stadium Kebangsaan Singapura. Ke muka 12 &13

Puasa Ramadan 1436 Hijrah bermula 18 Jun 2015 Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Abu Bakar Haji Abdul Rahman TUNGKU, Selasa, 16 Jun. - Negara Brunei Darussalam akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Khamis, 18 Jun 2015 Masihi bersamaan 1 Ramadan 1436 Hijrah berikutan kerja-kerja merukyah anak bulan yang dilakukan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan di negara ini pada lewat petang tadi tidak berhasil melihat anak bulan tersebut. Di Daerah Brunei dan Muara, menara bangunan Ibu Pejabat DST, Lebuhraya Tungku merupakan antara tempat

merukyah awal anak bulan Ramadan tersebut. Berikutan anak bulan Ramadan tidak sabit kelihatan, maka bulan Syaaban digenapkan menjadi 30 hari dan sehubungan itu, Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir serta Majlis-Majlis Bertadarus Al-Qur’an akan dimulakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara bermula malam ini. Kerja-kerja merukyah anak bulan tersebut antaranya telah dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Mahkamah Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, DST dan Jabatan Ukur.

Muka 3

Muka 4

MAKTAB Duli capai 40 tahun

Pengemaskinian struktur RTB kentalkan kesepaduan organisasi

Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 17 Jun 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu