Pelita Brunei - Rabu 17 Ogos 2016

Page 1

''DI antara aspek paling mudah untuk dimasuki ialah sosiobudaya sesebuah negara dan bangsa. Ia akan melibatkan, terutamanya generasi belia dan malah ummah seluruhnya. Inilah cabaran yang sangat perlu disedari. Kelalaian kita menghadapinya akan membawa padah dan bencana. Para belialah benteng yang paling diharapkan. Kerana itu amat perlu bagi mereka untuk memiliki 'daya tahan diri' yang tinggi bagi menangkis segala gejala buruk dan jahat yang dicetuskan oleh globalisasi.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-7 Tahun 2012.

''DARI Abu Hurairah Radhiallahuanhu : Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Satu umrah kepada umrah yang lain adalah kafarah (menghapuskan segala dosa) di antara keduanya dan haji yang mabrur (diterima) itu tiada balasan baginya selain syurga.'' - (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

4.47

TAHUN 61 / BILANGAN 99

4.57

6.16

17 OGOS 2016 / 1437

6.39

14

12.25

3.40

6.32

7.44

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Brunei - Indonesia terus erat persahabatan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Hari Kemerdekaannya Ke-71 Tahun. Di dalam perutusan kepada TYT Dato Laila Utama Joko Widodo itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan rasa amat gembira dengan hubungan silaturahim dan persahabatan yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia, dalam mana baginda berpuas hati dengan kesepakatan yang telah dicapai dan yakin hubungan mesra ini akan terus berkekalan dan akan dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang, khususnya di peringkat dua-hala, serantau dan antarabangsa. Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga TYT, Datin Ibu Hajah Iriana serta kerajaan dan seluruh rakyat Republik Indonesia akan sentiasa dalam perlindungan-Nya jua.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat Republik Indonesia sempena dengan Hari Kemerdekaan Ke-71 Tahun.

Berangkat menghadiri Majlis Santap Laporan dan Foto : Abdullah Asgar dari Republik Singapura SINGAPURA, Selasa, 16 Ogos. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, lewat petang tadi, berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Petang bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong dan Isteri, Puan Ho Ching. Ke muka 3 Ke muka 3

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Petang bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong dan Isteri, Puan Ho Ching. (Lihat muka 3 dan 4).

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.