Pelita Brunei - Rabu 17 Sept 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA secara telus berpendapat, jika para ibu bapa dan penjaga gagal untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, maka impian kita dan hasrat negara bagi melihat lahirnya generasi yang cemerlang, tidak akan tercapai.” - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-26 Universiti Brunei Darussalam, pada 11 Zulkaedah 1435 Hijriah bersamaan 6 September 2014 Masihi.

TAHUN 59 / BILANGAN 116

“DI MANA sahaja kamu berada nescaya maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng tinggi yang kukuh.” - (Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah An Nisaa’ ayat 78).

17 17 SEPTEMBER FEBRUARI 2014 2014 / / 1435

22

JABATAN PENERANGAN

Berkenan mengurniakan anugerah pelbagai kategori

EDISI RABU / PERCUMA

Peranan wanita hadapi Abad Ke-21 Oleh : Nurul Syakirah Zaini

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei, berkenan berangkat memeriksa kawalan kehormatan pada Majlis Perbarisan Kehormatan dan Penyampaian Anugerah Cemerlang Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Polis Wanita Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) yang berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis, Gadong. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka surat 12, 13 dan 24).

Mantapkan tugas kepolisan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 September. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita, bersabda menekankan anggota Polis Wanita juga sama-sama berperanan penting dalam mempraktikkan community policing di negara ini terutama sekali dalam mempertingkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai isu-isu semasa dan kegiatan jenayah masa kini. “Ini termasuklah memperkasa kaum wanita untuk tampil ke hadapan membantu Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mencegah dan membanteras kegiatan jenayah terutama dalam menangani isu-isu terhadap wanita, kanak-kanak dan institusi keluarga. Perkembangan yang dicapai oleh Polis Wanita pada hari ini tidak mungkin tercapai tanpa wujudnya budaya kerja yang kondusif,” sabda Yang Teramat Mulia pada Majlis Perbarisan Kehormatan dan Penyampaian Anugerah Cemerlang Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Polis Wanita PDB yang berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis, Gadong, di sini. Ke muka 12 dan 13

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei, berkenan mengurniakan sabda pada Majlis Perbarisan Kehormatan dan Penyampaian Anugerah Cemerlang Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Polis Wanita Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis, Gadong. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 September. - Wanita memainkan peranan yang penting di dalam sebuah negara dan tanpa penglibatan mereka, perubahan pesat, cabaran di Abad Ke-21 serta di masa depan tidak akan tercapai dengan jayanya. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei, bersabda, kerjaya sebagai seorang anggota polis adalah sangat mencabar kerana untuk menjaga kemakmuran negara memerlukan komitmen, kesungguhan dan dedikasi. “Ianya satu khidmat yang mulia dan apa jua bantuan yang diberikan adalah amal ibadat yang murni di sisi Allah Subhanahu Wata’ala. Ini adalah seperti di dalam Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Baihaqi) yang telah menyatakan: “Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala menyukai apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh”,” sabda Yang Teramat Mulia memetik sebuah hadis pada Majlis Perbarisan Kehormatan dan Penyampaian Anugerah Cemerlang Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Polis Wanita Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) yang berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis, Gadong, di sini. Jika dihayati inti pati dan pengertian hadis ini, sabda YTM, ia dapat dikaitkan secara langsung dengan tema Sambutan Hari Polis Ke-93 Tahun 2014 PDB iaitu ‘Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Pasukan’. Tema ini, sabda YTM, sangat penting bagi anggota polis kerana mereka merupakan tenaga penting di garisan hadapan dan peranan mereka pula sangat kritikal dalam usaha memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini sentiasa terjamin. Sehubungan itu, sempena penubuhan ke-40 tahun Pasukan Polis Wanita, YTM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli anggota Polis Wanita sama ada yang masih berkhidmat dan yang telah bersara di atas sumbangan dan pencapaian yang diperolehi pada hari ini. YTM juga mengimbas kembali sejarah penubuhan Polis Wanita yang mula ditubuhkan pada 4 Ogos 1974, yang hanya mempunyai 30 orang anggota sahaja. “Pada hari ini keanggotaan telah mencapai jumlah seramai 805 orang yang terdiri dari 40 orang pegawai dan 765 anggota pangkat rendah. Dengan jumlah ini, saya telah dimaklumkan bahawa ia merangkumi hampir 18 peratus dari jumlah keseluruhan PDB. Ini adalah setanding dengan pasukan polis di rantau ini dan satu pencapaian yang sangat membanggakan, dan sekali gus mempamerkan rancangan penggantian atau succession plan yang teratur. Berdasarkan juga kepada statistik terkini dari Jabatan Perkhidmatan Awam Julai 2014, sebanyak 44 peratus tenaga kerja terdiri dari pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam adalah wanita. Jumlah ini merupakan satu pencapaian yang sangat positif dan membanggakan,” sabda YTM. Ke muka 24

Muka 5

Muka 6

SUNNAH, hadis sahih elak penyelewengan fakta agama

PELANGGAN jalur lebar 2013 meningkat 40 peratus

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 17 Sept 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu