Pelita Brunei - Rabu 18 Feb 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KITA ingin mengingatkan kepada rakyat dan penduduk negara ini supaya sentiasa berusaha memelihara keamanan dan ketenteraman serta harta benda awam dengan cara menghormati dan mematuhi undang-undang negara dan hukum-hukum Islam.” - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabu Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada 23 Oktober 1988.

“DAN Kami tidak mengutus engkau wahai Nabi Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Anbiyaa', ayat 107).

TAHUN 60 / BILANGAN 21

1818FEBRUARI FEBRUARI2015 2015/ / 1436

28

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berangkat ke Majlis Perjumpaan bersama Perdana Menteri United Kingdom

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri United Kingdom, The Right Honourable David Cameron di Chequers Court, Buckinghamshire, London. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor dari London, United Kingdom (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3 dan 24).

LONDON, UNITED KINGDOM, Isnin, 16 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri United Kingdom, The Right Honourable David Cameron di Chequers Court, Buckinghamshire, London. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Chequers Court dialu-alukan oleh The Right Honourable David Cameron sebelum sesi bergambar bersama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan beredar ke Hautrey Room untuk Majlis Perjumpaan Dua Hala bersama The Right Honourable Perdana Menteri United Kingdom. Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah DYMM dan Perdana Menteri United Kingdom membincangkan langkah-langkah dalam meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom serta bertukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. Mengiringi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Menteri Tenaga di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Northern Ireland, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Masyarakat berpendidikan realisasikan Wawasan 2035 RIMBA, Isnin, 16 Februari. - Untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, semua masyarakat berperanan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, mempunyai daya intelek yang tinggi, berkemahiran serta mampu bersaing dalam pelbagai bidang khususnya

Muka 5

ABDB sembahkan sambutan Hari Puja Usia

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Azmah Haji Ahad dalam bidang ekonomi yang dinamik. Menteri Kebudayaan, Belia dan

Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berkata, semua ini hanya akan dapat dicapai melalui ilmu pengetahuan. “Negara akan bertambah maju dan makmur dan dapat bersaing dengan negara-negara lain apabila semua rakyat berpendidikan tinggi, kaya ilmu dan bermaklumat,” jelas Yang Berhormat semasa merasmikan Mukim Buku di Mukim Gadong ‘A’ yang berlangsung di Simpang 51, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati, Kampung Rimba, di sini. Penubuhan Mukim Buku di Mukim

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Gadong ‘A’ ini, jelasnya adalah sebagai usaha murni berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menambah dan menyediakan prasarana membaca di mukim dan kampung, selain perpustakaan-perpustakaan yang sedia ada, bagi memudahkan masyarakat mendapatkan ilmu dan maklumat terkini dan dapat membudayakan penduduk kampung dalam Mukim Gadong ‘A’ membaca sepanjang hayat. “InsyaaAllah, dengan adanya Mukim Buku di Mukim Gadong ‘A’ ini akan dapat membuka ruang kepada penambahan pengetahuan dan maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk mukim dari semasa ke semasa,” ujar Yang Berhormat.

5

HARI LAGI

Yang Berhormat juga penuh berharap Mukim Buku ini juga akan dapat menimbulkan kesedaran yang meluas dalam kalangan penduduk mukim dan kampung akan peri pentingnya budaya membaca dalam kehidupan sehari-hari ke arah ‘Menuju Masyarakat Berilmu’ dan seperti hasrat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan penduduk negara ini betul-betul berilmu. Ke muka 13

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 18 Feb 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu