Pelita Brunei - Rabu 18 Mac 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“TEKUN berusaha ke arah mencapai dan menjayakan matlamat pembangunan. Tabah dan waspada dalam mempertahankan kepentingan-kepentingan kita sebagai bangsa yang merdeka.” - Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun 1410 Hijrah pada 27 April 1990 Masihi.

“DARI Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah.” - (Riwayat Al-Imam Muslim).

TAHUN 60 / BILANGAN 33

18 18 FEBRUARI MAC 2015 2015 / 1436 /

27

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Keberangkatan diraja meriahkan ramah mesra perayaan Tahun Baru Cina Oleh : Khartini Hamir, Hajah Noor Dina Haji Abd. Rahman, Syirain Afifi Md. Fadzil Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Cina 2015 anjuran Masyarakat Tiong Hwa Negara Brunei Darussalam. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, dijunjung oleh Penasihat Majlis Ramah Mesra, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Awang Lim Tiong Han @ Lim Peh Beng, selaku Pengerusi Jawatankuasa berserta Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Majlis. Ke muka 12 & 13 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan bergambar ramai pada Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Cina 2015 anjuran Masyarakat Tiong Hwa Negara Brunei Darussalam. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Lihat muka 12 & 13).

KPSSU tumpu 4 kluster strategik Laporan : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Mac. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperuntukkan

Muka 3

PROJEK PARK di Taman Rekreasi Menteri Besar

sejumlah BND82,194,880 bagi Tahun Kewangan 2015 / 2016 Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU). Semasa mengulas mengenai perbekalan belanjawan bagi KPSSU di Persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di hari kesembilan, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyatakan, KPSSU akan menekankan empat kluster strategik termasuk sekuriti makanan, mempelbagaikan ekonomi, sosioekonomi serta pembangunan dan Pengusaha Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi.

"Titah perasmian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas MMN adalah bertepatan dengan usaha KPSSU untuk mempercepatkan usaha mempelbagaikan ekonomi negara melalui penyediaan iklim perniagaan dan perekonomian yang lebih kondusif serta menangani isu sekuriti makanan dan meningkatkan sosial ekonomi negara," jelasnya. Menyentuh mengenai kluster Sekuriti Makanan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya berkata, KPSSU akan terus menumpukan kepada usaha-usaha untuk memastikan keselamatan dan sekuriti makanan di negara ini adalah terjamin memandangkan ia perkara asas dan mustahak. Sektor pendukung dalam kluster ini tambahnya ialah sektor pertanian

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

dan agrimakanan serta perikanan dan fokus perbelanjawan untuk Tahun Kewangan 2015 / 2016 berkisar kepada usaha-usaha untuk meningkatkan keupayaan dan produktiviti pengeluaran sektor-sektor ini. "Penekanan adalah kepada pelaksanaan program untuk membangunkan dan menaik taraf prasarana pengeluaran, meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran, mengoptimumkan kawasan kemajuan yang sedia ada, memperbaiki sistem pengurusan, memindah dan menyerapkan teknologi moden, memperbaiki sistem pemasaran, penyelidikan dan pembangunan (R & D) dan paiwaian dan persijilan," jelas Yang Berhormat. Dari segi mempelbagaikan ekonomi pula jelas Yang Berhormat, KPSSU telah mengenal pasti industri halal dan industri bio sebagai industri yang boleh dikembangmajukan dalam usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Dalam hal ini tambahnya, KPSSU telah mengenal pasti kawasan seluas 500 hektar di Kampung Tungku, Mukim Gadong di Daerah Brunei dan Muara yang diberi nama Bio-Innovation Corridor (BIC) bagi menempatkan pelabur asing dan usaha sama dalam usaha industri halal sama ada dalam pengeluaran produk makanan, kosmetik dan produk perubatan serta penyediaan perkhidmatan halal. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 18 Mac 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu