''DAN sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah, serta bertakwa kepada-Nya maka mereka itulah orang yang mendapat kejayaan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Nur, ayat 52).
''JADI dapatlah dirumuskan di sini, bahawa keamanan dan kestabilan, tidak bersumber dari sesiapa, melainkan ia adalah terbit dari rahmat Allah semata-mata. Tanpa rahmat, adalah mustahil untuk memperolehi keamanan dan kestabilan.'' - Titah Majlis Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-45 Tahun pada 3 Jamadilakhir 1427 Hijrah / 31 Mei 2006 Masihi.
4.34
TAHUN 61 / BILANGAN 60
4.44
6.06
18 MEI 2016 / 1437
6.30
11
12.18
3.40
6.27
7.41
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
IBTE dianugerahkan ISO 9001 : 2008 Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman
''KEJAYAAN dalam pencapaian pensijilan ini menggariskan kesungguhan dan komitmen IBTE berterusan dalam pengurusan dan kakitangan yang menyediakan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan kepada pihak-pihak berkepentingan serta mendapat reputasi sebagai pusat kecemerlangan latihan kemahiran.''
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya lndera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tengah) semasa hadir menyaksikan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan yang disempurnakan oleh Naib Presiden Certification Business Line for Asia Pacific from Bureau Veritas Singapore, Mr. Arnaud Torcheux (kanan) kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr. Chin Wei Keh (kiri).
Merukyah anak bulan Ramadan 1437H pada Ahad, 5 Jun BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Mei. - Mahkamah-Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam dengan ini mengumumkan kepada orang ramai terutama umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam dengan ini memaklumkan bahawa ketetapan 1 Syaaban 1437 Hijrah adalah jatuh pada hari Ahad, 8 Mei 2016 Masihi. Maka berikut dengan itu, Nisfu Syaaban bagi tahun 1437H jatuh pada petang hari Sabtu malam Ahad, 21 Mei 2016M. Berikutan dengan itu juga, ketetapan bagi merukyah anak bulan Ramadan 1437H akan dilakukan pada
Siaran Akhbar : Mahkamah Rayuan Syariah petang hari Ahad, 29 Syaaban 1437H bersamaan 5 Jun 2016M di tempat-tempat berikut iaitu Menara DST, Bangunan DST Headquarters,
Muka 6
PELAJAR cemerlang sekolah swasta terima APC
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Lebuhraya Tungku; Bukit Agok, Jerudong; Bukit Ambok, Daerah Tutong; dan Bukit Lumut, Daerah Belait.
Muka 8
KEMPEN Sembahyang Berjemaah semarak Sambutan Israk Mikraj
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 Mei. - Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) melakar sejarah apabila dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2008 yang berlangsung di The Longhouse Training Restaurant, Kampus IBTE Sultan Saiful Rijal, Jalan Muara. Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan disempurnakan oleh Naib Presiden Certification Business Line for Asia Pacific from Bureau Veritas Singapore, Mr. Arnaud Torcheux kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr. Chin Wei Keh. Hadir menyaksikan penyampaian sijil pengiktirafan berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya lndera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, naib canselor, rektor, pengarah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Dr. Chin Wei Keh dalam ucapannya menjelaskan, pencapaian Sijil ISO 9001 : 2008 merupakan satu pencapaian perintis dalam komitmen IBTE untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan mendapat pekerjaan dengan memenuhi harapan pihak berkepentingan serta kekal responsif dan relevan. ''IBTE sedar bahawa untuk sistem yang dinamik dan berdaya saing seperti pendidikan teknikal, ia penting bahawa penambahbaikan dilakukan dalam proses dan operasinya dengan memastikan output yang dihasilkan, seperti graduan yang berkualiti.'' Dalam masa yang mencabar pada masa kini, dengan sistem ekonomi yang semakin global yang memerlukan pekerja mahir dan cekap katanya, akreditasi piawaian antarabangsa adalah hala tuju untuk maju, terutamanya jika organisasi mengenal pasti amalan terbaik.
Faksimile: 2381004
Menyedari hakikat ini dan keperluan untuk memupuk dan mencapai kecemerlangan tambahnya lagi, IBTE menetapkan untuk menghasilkan sistem berkualiti sebagai sebahagian daripada budaya kerja. ''Kejayaan dalam pencapaian pensijilan ini menggariskan kesungguhan dan komitmen IBTE berterusan dalam pengurusan dan kakitangan yang menyediakan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan kepada pihak-pihak berkepentingan serta mendapat reputasi sebagai pusat kecemerlangan latihan kemahiran,'' ujarnya. Beliau menambah, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan untuk memastikan bahawa proses IBTE terus mematuhi standard yang diperlukan, dan untuk memastikan bahawa penambahbaikan berterusan dicapai selaras dengan pelan transformasi strategik IBTE. Pada masa akan datang, dengan pensijilan ini jelasnya lagi, IBTE berharap untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada badan-badan akreditasi lain dalam mencapai wawasannya untuk menjadi sebuah institusi negara terkemuka dalam pendidikan teknikal lepasan menengah dan latihan menjelang 2018. Majlis juga diisikan dengan tayangan video ringkas mengenai penyediaan IBTE ISO. IBTE adalah institusi lepasan menengah (post-secondary) pertama di Brunei Darussalam dalam mencapai standard antarabangsa Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2008 yang menunjukkan komitmen untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan mendapat pekerjaan yang memenuhi harapan pihak berkepentingan dengan membuat penambahbaikan kepada proses dan operasi dalam memastikan kualiti graduan yang dihasilkan.
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn