PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''ILMU tidak akan mekar tanpa digilap. Adapun perbincangan ataupun permuzakarahan adalah salah satu cara menggilap ilmu. Oleh itu, beta amat gembira kerana Brunei Darussalam pada hari ini turut menyumbang ke arah menggilap ilmu itu.'' - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun pada 27 Muharam 1437 Hijrah bersamaan 9 November 2015 Masihi.
''DARI Anas bin Malik ia berkata : sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : menuntut ilmu adalah satu kefarduan ke atas setiap Muslim.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
TAHUN 60 / BILANGAN 138
18 18FEBRUARI NOVEMBER 2015 2015 / / 1437
Persaudaraan erat Brunei - Oman dihargai
6
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Berangkat tiba di Manila, Republik Filipina
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said, Sultan Oman, kerajaan dan rakyat Kesultanan Oman bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda dan Hari Kebangsaan Kesultanan Oman.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said, Sultan Oman, kerajaan dan rakyat Kesultanan Oman bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda dan Hari Kebangsaan Kesultanan Oman. Dalam perutusan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan penghargaan di atas hubungan persaudaraan erat yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat dan berharap kedua-dua buah kerajaan dan rakyat akan berpeluang untuk bekerja dengan lebih rapat lagi di tahun-tahun yang akan datang. Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, baginda berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah DYMM Sultan Qaboos bin Said Al-Said akan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera dan rakyat Kesultanan Oman akan sentiasa menikmati kemajuan dan kesejahteraan.
KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila dijunjung oleh Setiausaha Jabatan Pengangkutan dan Komunikasi, Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Joseph Emilio Aguinaldo Abaya. Baginda berangkat tiba di Manila bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC (AELM) 2015 yang akan berlangsung pada 18 hingga 19 November 2015. - Foto : Azmah Haji Ahad (Lihat muka 32).
Pelancongan Islam galakkan budaya aman, stabil, persefahaman Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
Muka 6
NBD turut sama mengutuk perbuatan pengganasan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 November. - Budaya Islam budaya yang mematuhi ajaran Islam, terutamanya berpandukan dari Al-Qur'an, Al-Hadits, Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dan tingkah laku para sahabat serta para ulama. Oleh itu budaya Islam bermakna satu budaya yang mengharapkan kita untuk menghormati tetamu kita kerana mereka adalah saudara-saudara kita. Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong menyatakan perkara itu semasa merasmikan Seminar Serantau : Sumbangan Budaya Islam dan Kesannya Terhadap Pasaran Pelancongan Asia (Regional Seminar on Contribution of Islamic Culture and Its Impact on The Asian Tourism Market) yang berlangsung di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini. Dalam industri pelancongan, Yang Berhormat menjelaskan, ia memerlukan produk yang akan ditawarkan, tetapi produk-produk ini perlu digilap dan dibungkus dengan baik sebelum ia boleh dijual. Ke muka 16
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn