Pelita Brunei - Rabu 19 Nov 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA sangatlah berharap supaya kita semua lebih komited dengan Al-Qur'an, dengan membacanya banyak-banyak serta berpegang kuat kepada ajaran-ajarannya. Elakkanlah diri dari sebarang aliran mempertikai Al-Qur'an dan Al-Hadis. Semua itu adalah sia-sia dan tidak ada manfaatnya sama sekali, malah mengundang kepada kemurkaan Allah jua.” - Titah Sempena Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Bagi Tahun 1435 Hijrah / 2014 Masihi pada 10 April 2014M.

“ADAPUN orang lelaki dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah (pergelangan) tangan (kanan) mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka telah lakukan dan sebagai seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” - (Surah al-Maaidah ayat 38).

TAHUN 59 / BILANGAN 143

1919FEBRUARI NOVEMBER 2014 2014 / / 1436

26

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Brunei-Oman kukuhkan persaudaraan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said sempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-74 tahun serta kerajaan dan rakyat Kesultanan Oman bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Kesultanan Oman Ke-44 Tahun. Dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said, baginda sangat menghargai komitmen peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said di dalam mengukuhkan hubungan persaudaraan yang sudah lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan berharap semoga akan banyak peluang untuk mengembangkan kerjasama rapat ini pada tahun-tahun akan datang. Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said dengan keadaan

sihat walafiat dan bahagia, serta kemakmuran yang berterusan bagi rakyat Kesultanan Oman. Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan juga berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos yang ke-74 tahun bersama dengan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yousuf bin Alawi bin Abdullah, Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Luar Negeri Kesultanan Oman bersempena dengan Hari Kebangsaan Kesultanan Oman Ke-44 Tahun. Dalam perutusan itu, DYTM sangat menghargai hubungan persaudaraan yang erat antara kedua-dua buah negara. DYTM juga berharap dapat mengukuhkan persahabatan yang erat dan mengalu-alukan delegasi TYT ke Negara Brunei Darussalam untuk konsultan dua hala seterusnya dan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama dalam masa terdekat. DYTM juga berharap agar Tuan Yang Terutama dan keluarga serta rakyat Kesultanan Oman bergembira dengan perayaan tersebut.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said, Sultan Oman sempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-74 tahun serta kerajaan dan rakyat Kesultanan Oman bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Kesultanan Oman Ke-44 Tahun.

Atlet positif ‘doping’ Pilih atlet akan digantung berpotensi Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November.- Banyak kes ‘doping’ melibatkan atlet-atlet termasuk berstatus dunia sejak akhir-akhir ini memerlukan perhatian serius oleh setiap atlet dan pihak-pihak berkenaan. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) bersabda menegaskan demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penilaian dan Pemilihan Atlet Kebangsaan Bagi Sukan SEA Ke-28, Singapura 2015 di Bilik Persidangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Duli Yang Teramat Mulia bersabda, Kod Agensi Anti-Doping Dunia

Muka 4

Muka 12

MENTERI Tenaga terima kunjungan muhibah

KEBERSIHAN tanggungjawab bersama

(WADA Code) yang baru akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2015 menekankan bahawa hukuman bagi atlet yang positif ‘doping’ akan digantung daripada menyertai temasya-temasya sukan selama empat tahun. DYTM seterusnya bersabda mencadangkan supaya lima kriteria iaitu Lulus Ujian Kecerdasan, Peningkatan Semasa Latihan, Kedatangan, Potensi Meraih Pingat dan Disiplin dijadikan enam kriteria, yang mana Bersih Daripada Dadah dan Bahan-Bahan Terlarang sebagai kriteria tambahan. Sebagai satu usaha jelas sabda DYTM, pihak-pihak berkenaan perlu sentiasa menasihati semua atlet-atlet yang akan mewakili negara untuk menjauhi dadah dan bahan-bahan terlarang. “Mana-mana jua ‘supplement’ atau ubat-ubatan yang tidak pasti kandungannya hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada yang arif sebelum dimakan dan untuk lebih selamat ianya hendaklah dimaklumkan (declare) kepada pihak berkenaan sebelum pertandingan dijalankan atau diadakan,” sabda DYTM.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke muka 24

wakili negara BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November.- Pelaksanaan proses penilaian dan pemilihan yang amat teliti oleh Jawatankuasa Tertinggi Penilaian sangat penting dalam memastikan atlet-atlet yang dipilih untuk mewakili negara ini benar-benar berpotensi untuk memberikan saingan dan seterusnya meraih pingat. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) bersabda demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penilaian dan Pemilihan Atlet Kebangsaan Bagi Sukan SEA Ke-28, Singapura 2015 di Bilik Persidangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. DYTM bersabda, sejauh ini pencapaian atlet negara masih di tahap mendukacitakan berbanding dengan Sukan SEA yang diadakan di negara ini pada tahun 1999. Ke arah itu sabda DYTM, ada baiknya kitani menilai semula mengapa usaha dan perancangan semasa Sukan SEA 1999 itu dapat membuahkan pencapaian yang cemerlang. “Mungkin juga kaedah dan program-program latihan yang diguna pakai pada masa itu masih relevan pada masa kini. Lebih-lebih lagi dalam konteks Sukan SEA Ke-30 yang akan diadakan di negara ini pada tahun 2019 iaitu lebih kurang empat tahun dari sekarang. Pendapat saya empat tahun itu tidak lama,” sabda DYTM. Berhubung dengan Sukan SEA Ke-28, Singapura 2015, DYTM bersabda, atlet-atlet yang dipersetujui untuk disenaraikan dalam Kategori Atlet Masih Dalam Pertimbangan (MDP) hendaklah dimaklumkan kepada persatuan-persatuan berkenaan sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.