PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KEAMANAN yang bertahan lama dan mantap adalah segala-galanya. Demikian juga kemakmuran yang berterusan adalah menjadi idaman kepada semua. Kedua-dua ini adalah asasi, akan menentukan rebah bangun negara.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-64 Tahun pada hari Khamis, 3 Syaaban 1431 Hijrah / 15 Julai 2010 Masihi.
“WAHAI orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah disediakannya untuk hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Hasyr, ayat 18).
TAHUN 60 / BILANGAN 39
1 FEBRUARI 1 APRIL 2015 2015/ 1436 /
11
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Anggota PDB perlu miliki pendirian kuat Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Mohd. Mahdi Haji Marsidi
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis berkenan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Pasukan Panji-Panji dengan diiringi oleh Pancaragam PDB, ketika baginda berangkat membuat lawatan kerja ke Ibu Pejabat PDB, Gadong. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor (Lihat muka 12, 13 dan 24).
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 31 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis bertitah bahawa anggota pasukan polis tidak boleh lemah malah sikap dan pendirian mereka mesti kuat, tidak boleh dirayu atau dipujuk-pujuk untuk mendapatkan simpati. Lebih-lebih lagi, penjawat polis, titah baginda sama sekali tidak boleh curang terhadap tugasnya. Bilakah seorang polis itu boleh dianggap curang? titah baginda. "Macam-macam sebab seorang polis boleh dianggap curang, seperti tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugas, dalam makna mengabaikan tugas atau apabila seorang polis melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, padahal polis adalah penguat kuasa undang-undang itu," titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa lawatan kerja baginda ke Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Gadong, di sini. Titah baginda, ini sudah banyak berlaku, seperti polis menerima atau meminta suapan daripada pesalah-pesalah, padahal pada awalnya polis telah bertindak betul dan menahan pesalah-pesalah itu, tetapi sayang, dengan tidak malu-malu, mengubah pula pendirian mereka untuk menerima atau meminta suapan, sebagai balasan bagi melepaskan pesalah daripada dibawa ke pengadilan, seperti terhadap pesalah-pesalah lalu lintas umpamanya. Baginda menegaskan, ada juga yang lebih mengaibkan, seperti polis melindungi pesalah-pesalah khalwat, dengan menutupi kes tersebut dari dilaporkan, sebaik-baik sahaja bersetuju menerima suapan daripada pesalah. “Atau satu lagi kes yang paling memalukan,” tegas baginda ialah apabila polis berpangkat tinggi telah terlibat secara tidak jujur untuk menerima suapan berupa sebuah kereta daripada seorang warga asing yang menjalankan aktiviti haram di negara ini. Titah baginda, memang amat dikesali apabila pegawai-pegawai polis itu menerima suapan daripada pejenayah atau kumpulan penjenayah sebagai protection money bagi melindungi para penjenayah itu daripada diambil tindakan undang-undang. Ke muka 24
Perangilah rasuah secara habis-habisan Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 31 Mac. - Rasuah tidak syak lagi adalah merbahaya kepada negara dan disebabkan rasuah jentera kerajaan boleh terganggu. Apabila jentera kerajaan terganggu maka khidmat kepada rakyat pun akan tergendala, dan apabila khidmat
tergendala, maka kehidupan yang bahagia yang sekian lama kita nikmati, pastinya akan bertukar jadi malapetaka. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan
Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis bertitah demikian sempena lawatan kerja baginda ke Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Gadong, di sini.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Menurut baginda, ugama kita adalah sangat mengutuk rasuah dan Allah Subhanahu Wata'ala telah melaknat pemberi dan penerima rasuah serta menjanjikan kepada mereka itu neraka-Nya. Ke muka 24
Muka 3
DPMM berkenan menerima mengadap
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn