PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''BETA adalah menghargai serta gembira, dengan sifat keprihatinan rakyat dan penduduk negara ini terhadap pihak-pihak yang kurang bernasib baik, khasnya mereka yang ditimpa musibah-musibah berat.'' - Titah Sempena Awal Tahun Baru Masihi 2011.
''SESUNGGUHNYA Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan manusia yang paling pemurah, dan Baginda itu lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadan.'' - (Hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
TAHUN 60 / BILANGAN 78
1 1FEBRUARI JULAI 2015 2015 / 1436 /
14
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Brunei - Kanada nikmati hubungan mesra BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Gabenor Jeneral Kanada, Tuan Yang Terutama The Right Honourable David Johnston serta kerajaan dan rakyat Kanada bersempena dengan Hari Kanada. Di dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menitahkan bahawa kedua-dua buah negara dan rakyat telah menikmati hubungan mesra yang sudah lama terjalin sejak tahun-tahun lalu. Baginda berharap untuk meneruskan pengukuhan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada secara dua hala serta melalui kerja-kerja bersama di dalam ASEAN, APEC dan Rakan Kongsi Trans-Pasifik. Baginda mengakhiri perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama The Right Honourable David Johnston. Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kanada, The Honourable Rob Nicholson dan kerajaan serta rakyat Kanada bersempena dengan Hari Kanada. Di dalam perutusan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia menghargai hubungan kerja antara kedua-dua buah negara dalam Rakan Kongsi Trans-Pasifik dan hubungan dua hala terutama dalam bidang pertahanan. DYTM amat berbesar hati dengan sumbangan dalam penyelidikan dan sokongan para pakar dalam pendidikan berkeperluan khas di Negara Brunei Darussalam. Pada mengakhiri perutusan tersebut, DYTM menyampaikan salam muhibah dan juga mengucapkan tahniah di atas penganjuran Piala Dunia Bola Sepak Wanita 2015 yang mendapat liputan seluruh dunia baru-baru ini.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Gabenor Jeneral Kanada, Tuan Yang Terutama The Right Honourable David Johnston serta kerajaan dan rakyat Kanada bersempena dengan Hari Kanada.
YSHHB sentiasa hulurkan bantuan Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali LABI, Selasa, Sultan Haji (YSHHB) akan bantuan kepada
30 Jun. - Yayasan Hassanal Bolkiah sentiasa memberikan mana-mana keluarga
yang memerlukan bantuan dengan kerjasama agensi-agensi lain. Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pembangunan, Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB ketika di temu bual Pelita Brunei semasa Lawatan Projek Amal sempena Ramadan ke beberapa buah kampung di Daerah Belait. Yang Berhormat yang juga selaku ketua rombongan lawatan tersebut menambah, bantuan-bantuan ini adalah termasuk bantuan eletrik dan air bagi mana-mana kawasan yang memerlukan. Sebanyak 27 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan di beberapa buah kampung di daerah tersebut telah menerima bantuan di bawah Projek Amal sempena Ramadan YSHHB ini.
Tiga buah keluarga terima sumbangan Berita dan Foto : Noraisah Muhammed MERANGKING, Selasa, 30 Jun. - Sebanyak tiga buah keluarga susah menerima sumbangan berupa catuan makanan asasi dan hamper Hari Raya bagi membantu mereka menjelang 1 Syawal nanti. Penerima pertama ialah Awang Mohammad Hidup bin Abdullah Sipai berusia 90 tahun. Majlis serah terima sumbangan itu berlangsung di rumah kediaman penerima masing-masing di Kampung Merangking Ulu. Kesemua sumbangan bantuan telah diserahkan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman. Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan pemedulian terhadap orang-orang susah dan tua terutama sekali ahli keluarga mereka turut berperanan menjaga serta memberi perhatian yang wajar. Awang Mohammad Hidup bin Abdullah Sipai tinggal di Kampung Merangking Hilir, seorang duda yang hanya menerima Elaun Pencen Umur Tua berjumlah BND250 sebulan. Ke muka 24
Ke muka 24 MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB menyerahkan sumbangan kepada Dayang Siti Fatimah binti Abdullah Ancap.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 5
Muka 3
JBS Belait anjur tadarus Al-Qur'an
96 orang anak yatim terima sumbangan derma
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn