Pelita Brunei - Rabu 20 April 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''PERSPEKTIF kita tentang kemajuan adalah jelas, iaitu menuju kepada perubahan tanpa menjejaskan akhirat kita dan akhirat itu paling berharga dibandingkan dengan kehidupan yang serba sementara ini.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Guru 1997 pada 23 September 1997.

''BARANGSIAPA yang meriwayatkan daripadaku suatu hadis sedangkan dia menyangka bahawa hadis itu adalah dusta, maka dia adalah salah seorang daripada pendusta-pendusta itu.'' - (Hadis riwayat Muslim).

TAHUN 61 / BILANGAN 48

2020FEBRUARI APRIL 2016 2016 / 1437 /

12

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berangkat merasmikan bangunan baharu ISB Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 April. Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) mencatat satu sejarah dengan tertubuhnya bangunan baharu ISB dilengkapi dengan pembelajaran dan kemudahan yang berkualiti tinggi dan moden. Bukan sahaja itu, sejarah juga tercipta melalui perasmian bangunan baharu sekolah berkenaan yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di ISB, Jalan Utama Salambigar, Kampung Sungai Hanching, Mukim Berakas 'B' dijunjung oleh Pengerusi Lembaga ISB, Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa dan Pengetua ISB, Dr. Steven Paul Geraghty. Juga hadir, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah. Ke muka 3

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) ketika baginda bercemar duli berangkat merasmikan bangunan baharu sekolah berkenaan. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit.

Lipatgandakan usaha dalam Skim Tilawah Al-Quran Remaja Kebawah DYMM berkenan menghantar perutusan takziah Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe berikutan dengan gempa bumi di Kumamoto Prefecture. Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui tentang kejadian gempa bumi yang telah berlaku di Kumamoto Prefecture menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Bagi mewakili kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan perasaan simpati yang amat mendalam kepada kerajaan dan rakyat Jepun terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi tersebut.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda dan menyeru kepada rakyat dan penduduk negara ini, khususnya pihak-pihak yang berkepentingan untuk terus melipatgandakan usaha-usaha murni dalam Skim Tilawah Al-Quran Remaja. Sabda Duli Yang Teramat Mulia, kita sekarang telah menyaksikan

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

penglibatan golongan remaja yang semakin meningkat di dalam Musabaqah Membaca Al-Quran. Malah sabda DYTM, ada yang sudah menempa kejayaan dalam pertandingan di peringkat Musabaqah Peringkat Akhir Kebangsaan, Serantau dan Antarabangsa. DYTM bersabda demikian pada Majlis Perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Alhamdulillah, sabda DYTM, kerajaan paduka ayahanda melalui

Faksimile: 2381004

Kementerian Hal Ehwal Ugama telah dan akan terus mengungkayahkan pelbagai usaha bagi mendekatkan rakyat dan penduduk negara ini dengan kitab suci Al-Quran. ''Usaha-usaha tersebut melibatkan semua peringkat umur. Ia meliputi pelbagai aspek, iaitu dari penguasaannya yang bermula dari peringkat literasi sehingga ke peringkat tertinggi dalam pengajian dan penyebaran ilmu-ilmu Al-Quran.'' Secara spesifik, Skim Tilawah Al-Quran Remaja di bawah kendalian Jabatan Pengajian Islam yang bermula sejak tahun 1997 adalah bertujuan untuk melatih dan membimbing para remaja dalam lagu-lagu tilawah yang masyhur. Ke muka 5

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.