PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''MANAKALA kita ini berkeadaan lemah dan sentiasa takut untuk menonjolkan kebaikankebaikan Islam dan ajaran-ajarannya yang suci, maka bermakna kita adalah sedang meletakkan diri kita bukan lagi sebagai sebaik-baik umat itu.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1436.
''SESIAPA yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya : Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari).
TAHUN 61 / BILANGAN 9
2020FEBRUARI JANUARI 2016 / 1437
10
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Pemikiran bergantung kepada kerajaan perlu dikikis Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Januari. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim berkata, secara kasar, dengan pergantungan hampir 90 peratus pendapatan kerajaan dari sektor minyak dan gas, kemerosoton harga pasaran global minyak dan gas ini telah menjejaskan hasil pendapatan negara secara signifikan. Pendapatan kerajaan telah menurun kira-kira 70 peratus dari hasil yang diterima pada Tahun Kewangan 2012 / 2013. Pada Tahun Kewangan 2014 / 2015 misalnya, kerajaan telah mengalami defisit belanjawan sebanyak BND213 juta. Yang Berhormat menekankan perkara tersebut semasa berucap pada Majlis Hari Terbuka Peniaga 2016 yang berlangsung di Bangunan Design and Technology, Anggerek Desa Technology Park, di sini. Yang Berhormat menjelaskan, defisit ini semakin meningkat dalam Tahun Kewangan bagi tahun 2015 / 2016, di mana sehingga bulan Disember tahun 2015 sahaja, defisit belanjawan yang dicatatkan setakat ini melebihi BND1.6 bilion yang mana jumlah ini dijangka meningkat kepada lebih BND2.3 bilion pada akhir Tahun Kewangan 2015 / 2016. Jumlah ini, jelas Yang Berhormat akan lebih tinggi, jika harga pasaran minyak ini akan terus menurun. Tambahnya, realitinya, pengurangan hasil pendapatan tersebut setentunya memberikan implikasi kepada keupayaan dan cara kerajaan menampung perbelanjaan pada masa ini dan masa mendatang, terutamanya jika keadaan ini berpanjangan. ''Oleh itu, langkah berhemah dan berjimat cermat perlu kita usahakan secara terus-menerus bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan supaya defisit belanjawan ini akan terurus dan kewangan negara akan terus berdaya tahan,'' ujarnya. Ke muka 24
Aliran sekolah Arab mempunyai hala tuju Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 Januari. - Pencapaian kelayakan penuntut-penuntut untuk masuk ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), dilihat daripada mata pelajaran umum, memang terdapat peningkatan dan juga penurunan perbandingan pada tahun lepas. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa ditemu bual selepas berinteraksi dengan para pelajar Pra U1 di salah sebuah kelas SMALHB menjelaskan, pada umumnya pencapaian itu melayakkan mereka yang lulus untuk melanjutkan ke tahap Pra U dan memulakan pengajian mereka pada tahun ini. "Yang menggembirakan, bilangan kemasukan itu boleh dikatakan bertambah daripada tahun lepas, iaitu seramai 185 orang dan pada tahun ini menerima kemasukan seramai 312 orang," ujar Yang Berhormat. Menteri Hal Ehwal Ugama menambah, selepas berinteraksi bersama para ibu bapa dan penjaga para pelajar, rata-rata mereka memilih sekolah berkenaan kerana pendidikannya. ''Ertinya bukan sahaja ilmu keagamaan boleh didapati, tetapi juga disiplin diri untuk hidup sebagai seorang Islam yang baik yang boleh didapatkan daripada pendidikan sekolah Arab ini,'' jelas Yang Berhormat. Ke muka 12
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa melawat ke petak-petak peserta yang mengikuti Hari Terbuka Peniaga 2016.
Bantu peniaga tempatan ceburi dunia perniagaan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Januari. - Kajian Bank Dunia melalui Laporan Doing Business 2016 telah meletakkan Negara Brunei Darussalam pada tangga ke 84 berbanding tangga ke 101 dalam laporan sebelumnya. Peningkatan kedudukan yang ketara ini menunjukkan bahawa agensi-agensi kerajaan kini giat berusaha dalam mengurangkan jurang, dalam kualiti peraturan dan kadar kecepatan pelaksanaan dan proses. Demikian jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim pada Majlis Hari Terbuka Peniaga 2016 yang berlangsung di Bangunan Design and Technology, Anggerek Desa Technology Park, di sini.
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Yang Berhormat berkata, antara reformasi memudah cara perniagaan, yang termasuk dalam petunjuk Starting a Business, ialah di mana pengusaha boleh memulakan perniagaan dalam masa satu hari sahaja. Usaha ini tambahnya, telah
Muka 3 TINGKATKAN usaha laksana pelbagai perancangan strategik
Faksimile: 2381004
menampakkan kesan yang positif di mana jumlah syarikat yang mendaftar perniagaan secara online sepanjang tahun 2015 telah meningkat kepada 568 berbanding sebanyak 474 syarikat pada tahun 2014. Ke muka 24
Muka 4
PERTUBUHAN Fotografi NBD hargai sumbangan ahli
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn