''TURUT lebih kita beratkan ialah membangun ekonomi. Brunei tidak boleh leka dalam keadaan ekonomi global dilihat sedang bermasalah. Brunei perlu mempelbagaikan ekonominya sambil terus meningkatkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kita perlu lebih aktif serta mempunyai agenda lebih terancang bagi mencapai sasaran ini.'' - Titah Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-70 Tahun pada 10 Syawal 1437 Hijrah / 15 Julai 2016 Masihi.
''DAN (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu dengan sejelas-jelasnya : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur terhadap segala nikmat-Ku tentu Aku akan menambah nikmat itu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur terhadap nikmat itu maka sesungguhnya azab-Ku sangat keras.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim, ayat 7).
4.43
TAHUN 61 / BILANGAN 87
4.53
6.16
20 JULAI 14 MEI 2016 /2016 / 1437
6.39
12.28
15
3.51
6.38
7.52
JABATANPENERANGAN PENERANGAN EDISI RABU / PERCUMA JABATAN
Menjunjung keberangkatan raja berjiwa rakyat Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Aimi Sani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Hernie Suliana Haji Othman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUTONG, Selasa, 19 Julai. - Kegembiraan jelas dilihat di setiap wajah rakyat dan penduduk serta pelbagai lapisan masyarakat yang hadir menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-70 Tahun bagi Daerah Tutong. Bersalaman dan berinteraksi dengan raja yang berjiwa rakyat satu perkara yang jarang sekali berlaku di kebanyakan negara di dunia, namun ia sudah menjadi tradisi di negara ini terutama pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah tersebut. Ke muka 12 & 13 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-70 Tahun bagi Daerah Tutong. Gambar kanan memperlihatkan betapa terujanya generasi muda ini, menatap dan beramah mesra bersama baginda sejurus membuat Persembahan Khas - Foto : Masri Osman (Lihat muka 3, 4, 12 & 13).
Pelaburan langsung China di Brunei meningkat Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman JERUDONG, Isnin, 18 Julai. Pelaburan langsung Republik Rakyat China ke negara ini meningkat daripada 12.9 juta ringgit tahun lalu menjadi 116.1 juta ringgit pada suku pertama tahun ini. Negara Brunei Darussalam berharap untuk melihat pertumbuhan berterusan ini dan hasil sampingannya untuk para Pengusaha Kecil dan Sederhana
(PKS) tempatan. Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah juga melahirkan harapan perkembangan tersebut akan menjadi landasan untuk menarik lebih banyak lagi syarikat China untuk meneroka peluang perniagaan di negara ini sekali gus mengukuhkan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
lagi pertukaran ekonomi dan perdagangan di antara kedua-dua buah negara. Perkara tersebut telah dinyatakan semasa merasmikan penubuhan Persatuan SyarikatSyarikat China di Brunei (Chinese Enterprises Association in Brunei CEAB), bertempat di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Ke muka 8
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Kursus Amali Ibadat Haji, 22 Julai Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Julai. - Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan kepada bakal-bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan fardu haji bagi Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi bahawa Kursus Amali (Praktikal) Ibadat Haji Bagi Bakal Jemaah Haji Musim Haji Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi akan diadakan pada hari Jumaat, 17 Syawal 1437 Hijrah bersamaan 22 Julai 2016 Masihi bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah bermula jam 7.30 pagi. Sehubungan dengan itu, semua bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang telah terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi musim haji tahun 1437H / 2016M adalah dikehendaki untuk hadir bagi mengikuti Kursus Amali (Praktikal) tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang telah dinyatakan.
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn