Pelita Brunei - Rabu 20 Mei 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''UNTUK sihat, kita memerlukan disiplin gaya hidup sihat dan pemakanan sihat. Di antara gaya hidup sihat itu ialah rajin beriadah. Sementara pemakanan sihat pula, ada dengan ketentuan-ketentuannya yang tersendiri.'' - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun pada 25 Syaaban 1433 Hijrah bersamaan 15 Julai 2012 Masihi.

''SESUNGGUHNYA berjayalah orang-orang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang mereka.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Mu'minun ayat 1-2).

TAHUN 60 / BILANGAN 60

20 FEBRUARI 20 MEI 2015 2015 / 1436 /

2

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan menerima Bintang Kebesaran 'The Great Mubarak' Laporan : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor dari Kuwait

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran 'The Great Mubarak' yang dikurniakan oleh Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor.

BANDARAYA KUWAIT, Isnin, 18 Mei. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke The Royal Bayan Palace, Al-Diwan Al-Amiri diiringi oleh Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah. Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM dijunjung oleh Ketua Protokol Amiri dan Chamberlain Kuwait, Tuan Yang Terutama Sheikh Khaled Abdullah Sabah Al-Nasser Al-Sabah sebelum berangkat masuk bagi Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran di mana baginda dialu-alukan oleh Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. Pada awal majlis tersebut, Ketua Protokol Amiri dan Chamberlain Kuwait telah menyembahkan Bintang Kebesaran 'The Great Mubarak' kepada His Highness Amir Kuwait. His Highness Amir Kuwait kemudiannya mengurniakan Bintang Kebesaran 'The Great Mubarak' ke hadapan majlis Kebawah DYMM. Seterusnya, Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menyembahkan Bintang Kebesaran Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B.) ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kemudian berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran D.K.M.B. tersebut kepada Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. Selepas Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran di antara kedua-dua buah negara, Kebawah DYMM seterusnya berkenan mengadakan kunjungan muhibah kepada His Highness Amir Kuwait. Ke muka 12

Sumbangan swasta di bidang pendidikan dihargai Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohiddin TUNGKU, Selasa, 19 Mei. - Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail menyatakan, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dari Sekolah-Sekolah Swasta membuktikan bahawa pihak kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan menghargai sumbangan sektor swasta di bidang pendidikan dan pemedulian pihak kerajaan dalam bidang pendidikan bagi sektor awam dan swasta adalah sama-sama diberikan keutamaan. Seperkara yang menarik perhatian

jelasnya, ialah apabila seorang pelajar Tionghua dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan telah menjadi penerima pelajar cemerlang dalam mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam (PUI) dan kejayaan pelajar itu menandakan bahawa pelajar bukan Islam boleh memilih mata pelajaran PUI sebagai satu mata pelajaran yang memberikan mereka ilmu pengetahuan mengenai Islam. Ke muka 6

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Muka 8

Muka 13

JABATAN Penerangan teguhkan peranan membudayakan masyarakat bermaklumat

KEBAWAH DYMM menerima mengadap

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.