Pelita Brunei - Rabu 20 Ogos 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA suka mengingatkan, bahawa perbuatan menghina Nabi atau menghina ugama dalam apa pun bentuknya adalah tidak akan ada titik noktahnya selama mana ada matahari dan bulan. Tinggal sahaja, kita amat perlu waspada dan bijaksana menghadapinya. Kita umat Islam tidak usahlah hilang punca, tetapi yang penting, suburkan ilmu ugama di dada dan mintalah kepada Allah supaya Dia menetapkan iman, agar kita tidak terpedaya dengan agenda-agenda jahat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.” - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-7 Tahun 2012 pada hari Sabtu, 20 Zulkaedah 1433H bersamaan 6 Oktober 2012M.

“HAK seorang Muslim ke atas seorang Muslim (yang lain) ada lima perkara, iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menjawab (menghadiri) undangan dan mendoakan orang bersin.” - (Hadits riwayat al-Bukhari).

TAHUN 59 / BILANGAN 104

2020FEBRUARI OGOS 2014 2014 / 1435 /

23

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk Daerah Tutong. - Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 11 hingga 14).

TUTONG, Selasa, 19 Ogos. - Menatap wajah, bersalaman dan berinteraksi dengan raja yang berjiwa rakyat satu perkara yang jarang sekali berlaku dikebanyakan negara di dunia, namun ia sudah menjadi tradisi di negara ini terutama pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sehubungan itu, sejak awal pagi lagi ribuan rakyat dan penduduk Daerah Tutong membanjiri di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan bagi memeriahkan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun. Suasana di sepanjang jalan menuju ke Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan dipenuhi oleh para pelajar sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di daerah ini berbaris di tepi jalan dengan mengibarkan bendera-bendera kecil bagi menjunjung keberangkatan baginda serta kerabat diraja yang lain.

Brunei-Malaysia

Ke muka 12 dan 13

selenggara Jambatan Persahabatan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Ogos. - Negara Brunei Darussalam dan Malaysia hari ini memeterai perjanjian bagi pengurusan, pemeliharaan, penyelenggaraan dan penggunaan Jambatan Persahabatan yang telah mula digunakan sejak 8 Disember 2013 untuk memudahkan perjalanan orang ramai dan pengangkutan barangan khususnya penduduk Daerah Temburong dengan lebih cepat, selesa dan selamat.

Jambatan Persahabatan tersebut telah dirasmikan pada 8 Disember 2013 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Menandatangani bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Chua Pheng Keong, manakala Malaysia diwakili oleh Ketua

Pengarah Kerja Raya Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Ir. Haji Annies bin Md Ariff. Penandatanganan dimeterai semasa kedua-dua pihak mengadakan ‘Joint Project Team' (JPT) Ke-9 di Kementerian Perhubungan itu disaksikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof dan Timbalan Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Zainuddin bin Zakaria, selaku Pengerusi Bersama JPT bagi jambatan berkenaan. Di bawah perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bertanggungjawab dan

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

bekerjasama dalam pemeliharaan, pengurusan, penyelenggaraan dan penggunaan jambatan berkenaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Jambatan (Bridge Management Committee) yang bertanggungjawab membuat pemeriksaan berkala bagi tujuan pemeliharaan dan keselamatan. Kedua-dua pihak juga bersetuju bagi melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Jambatan dan Terma Rujukan Jawatankuasa Pengurusan Jambatan yang dikoordinasi oleh Pejabat Pengarah Jalan Raya bagi pihak Negara Brunei Darussalam dan Bahagian Kawalselia Penyelenggaraan bagi pihak Malaysia. Ke muka 24

Muka 3 JUMLAH jaringan halang kemaraan Brunei ke separuh akhir

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.