PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“UGAMA telah pun memberitahu, bahawa pahala bagi amal soleh itu adalah hebat-hebat belaka. Bukan sahaja amalan wajib, malah amalan sunat juga tidak kurang hebatnya.” - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi pada hari Jumaat, 12 Rabiulawal 1436H / 2 Januari 2015M.
“…DAN janganlah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al An‘am, ayat 141).
TAHUN 60 / BILANGAN 9
2121FEBRUARI JANUARI 2015 / 1436
30
JABATAN PENERANGAN
Kebawah DYMM Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap
EDISI RABU / PERCUMA
BISAM Ke-11 bermula Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Masri Osman, Hernie Suliana Haji Othman
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yamini Amrohi. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman. - Oleh Aimi Sani, Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.
Galak PKT bekerja di sektor swasta Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid JERUDONG, Isnin, 19 Januari. - Perangkaan tahun 2014 menunjukkan bahawa seramai 12,275 orang adalah penganggur yang sepatutnya bekerja tetapi tidak bekerja. Dalam hubungan itu, pihak yang berkepentingan khususnya Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berusaha mengatasi isu rakyat yang menganggur. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyatakan perkara tersebut semasa merasmikan ‘Brunei Job
Fair 2015’ berlangsung di Dewan Pameran 2 BRIDEX, Jerudong, di sini. Yang Berhormat berkata, dari segi peluang pekerjaan sememangnya banyak contoh yang ada, iaitu sebanyak 3,454 buah syarikat dalam lima industri seperti perdagangan, jual borong dan kedai runcit, hotel, restoran dan kedai kopi, perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian, perkhidmatan kewangan, insurans dan perundangan. “Bilangan itu mungkin lebih dan pasti sudah bertambah. Misalnya dalam dua minggu bulan Januari 2015 semenjak dasar baharu memudahkan syarikat-syarikat memulakan bisnes diperkenalkan ada sebanyak 208 syarikat telah berdaftar dan sebanyak itu juga lesen perniagaan telah dikeluarkan,” jelasnya. Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
TUTONG, Selasa, 20 Januari. - Kejohanan berprestij Kemahiran Menembak Antarabangsa Brunei (BISAM) Ke-11, 2015 bermula dengan penyertaan kira-kira 478 tentera yang mewakili 16 buah negara. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat merasmikan kejohanan yang berlangsung di Kompleks Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison. Kejohanan yang bermula dari 20 hingga 31 Januari 2015 dihasrat untuk mengenal pasti penembak terbaik antara satu sama lain dalam persekitaran menembak yang teliti dan mencabar, yang mana tumpuan ini memastikan bahawa kemahiran menembak diperlukan dalam satu pasukan pertahanan moden. BISAM dihoskan oleh ABDB dan kali ini merupakan penyertaan yang terbanyak sejak pertama kali diadakan pada tahun 1985. Pada tahun ini BISAM berlangsung selama 11 hari dengan menyaksikan kemasukan baru ‘marksmen’ dan penembak dari negara China, Republik Filipina, Thailand dan Amerika Syarikat ke dalam kumpulan pesaing tetap BISAM terdiri daripada Australia, Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Singapura dan United Kingdom, termasuk kemunculan semula dari Republik Demokratik Rakyat Lao, New Zealand, Kesultanan Oman, Republik Sosialis Viet Nam dan Republik Islam Pakistan. Negara Brunei Darussalam diwakili oleh dua pasukan dari ABDB dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB). Selain untuk meningkatkan taraf kemahiran menembak dalam tentera kelas tertinggi, penetapan antarabangsa bagi pertandingan menembak tertinggi, BISAM juga bertujuan untuk memberi peluang untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan antara peserta, dalam semangat kesukanan. Walaupun pakaian seragam yang berbeza, pertandingan itu juga berfungsi sebagai platform yang bermakna untuk menggalakkan muhibah dan menjalin hubungan yang lebih rapat secara peribadi dan profesional. Ke muka 24
Muka 3
Tinjau perkembangan pembelajaran di sekolah rendah
Muka 4
PROJEK-PROJEK kemajuan negara rancak dilaksanakan
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn