PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''TIDAK syak lagi, doa adalah 'survival' kita, 'survival' negara. Makanya tradisi mengisi Tahun Baru Hijrah dengan doa ini adalah wajar diteruskan dan malah dikekalkan.'' - Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1437 pada 1 Muharam 1437 Hijrah / 13 Oktober 2015 Masihi.
''DAN orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan, sebahagian daripadanya mereka itu menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makruf dan melarang daripada yang mungkar." - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Taubah, ayat 71).
TAHUN 60 / BILANGAN 126
21 21 FEBRUARI OKTOBER 2015 / 1437
JABATAN PENERANGAN
8
EDISI RABU / PERCUMA
Menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Samori Ang'wa Okwiya.
Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 20 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Samori Ang'wa Okwiya. Majlis berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan. Tuan Yang Terutama Samori Ang'wa Okwiya berpejabat di Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam sejak bulan Oktober 2012.
Usaha menangani penyakit tidak berjangkit tanggungjawab semua BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 20 Oktober. - Pada tahun 2014, jumlah mereka yang meninggal dunia akibat penyakit kronik dan penyakit-penyakit tidak berjangkit adalah seramai 833 orang iaitu 56.7 peratus kematian daripada jumlah keseluruhan kematian iaitu seramai Muka 5
USAHA menangani penyakit tidak berjangkit tanggungjawab semua
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah 1,470 orang di negara ini. Hasil daripada kajian-kajian yang dilaksanakan termasuk dapatan Muka 4
MATLAMAT negara capai pertumbuhan ekonomi mampan
daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah terbukti menunjukkan bahawa faktor-faktor risiko yang menyebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit buah pinggang ialah seperti obesiti, pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, kurang kegiatan fizikal, tekanan darah tinggi, paras gula yang tinggi dan merokok. Perkara tersebut ditegaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa melancarkan Program Perkesankan Pemeriksaan Kesihatan (3PK) yang diadakan di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan. Ke muka 5
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Sentiasa tekun dan komited dengan tugasan Oleh : Haniza Abdul Latif BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 20 Oktober. - Kecemerlangan sektor kerajaan banyak bergantung kepada prestasi dan kualiti kerja yang tinggi dan nilai-nilai murni serta rukun-rukun akhlak yang dimiliki oleh setiap pegawai dan kakitangan kerajaan di negara ini. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berkata, penjawat Perkhidmatan Awam yang mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap peranan mereka adalah khazanah atau aset yang paling bernilai dan berharga dalam memberikan khidmat bakti atau service delivery kepada para pelanggan. Ke muka 32
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn