Pelita Brunei - Rabu 22 Jul 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''ADALAH tidak mudah untuk mencapai tahap bahagia itu. Walau saiz besar dan penduduk ramai, jika negeri dibelenggu oleh krisis, maka itu tandanya tidak bahagia. Atau negeri kaya dan makmur, tetapi masih asyik bertelagah, maka itu juga tandanya belum harmoni. Inilah yang mahu kita elakkan untuk Brunei.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.

TAHUN 60 / BILANGAN 87

''DARI 'Aisyah Radiallahu 'Anhu telah berkata ia, telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Sebaik-baik amalan kepada Allah adalah perbuatan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit.'' - Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

22 FEBRUARI 22 JULAI2015 2015/ / 1436

5

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

109,642 ribu kunjungi Istana Nurul Iman sempena Hari Raya

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pengunjung di Istana Nurul Iman sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Brunei, Singapura terus kukuhkan hubungan Oleh : Haniza Abdul Latif, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Julai. - Hubungan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang sudah terjalin sekian lama terus diperkukuhkan lagi melalui kunjungan muhibah sempena Hari Raya Aidilfitri. Rombongan dari Republik Singapura yang terdiri daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Encik Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad dan isteri, Puan Jumelah Jaafar; Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Pertahanan, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Maliki Osman dan isteri, Puan Sadiah binti Sahal dan Menteri Negara, Kementerian Pembangunan Nasional, Tuan Yang Terutama Desmond Lee

Ti-Seng dan isteri, Puan Wong Yuen Fei mengadakan kunjungan muhibah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Menteri Pendidikan. Kunjungan muhibah Hari Raya itu bermula di kediaman Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah di Kampung Salambigar.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke muka 24

Oleh : Khartini Hamir Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Julai. - Sudah menjadi kelaziman serta tradisi bagi semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Istana Nurul Iman apabila menjelangnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan pada tahun ini mencatatkan seramai 109,642 pengunjung berjunjung ziarah selama tiga hari istana dibukakan bagi kunjungan orang ramai. Pada hari ketiga, iaitu hari terakhir bagi kunjungan orang ramai sempena Aidilfitri di sebelah pagi saja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada sejumlah 13,522 orang pengunjung. Manakala di sebelah petangnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah seramai 18,340 pengunjung yang sudah berduyun-duyun membanjiri ruang pekarangan istana tidak sabar untuk beramah mesra, di samping menjunjung ziarah serta menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain. Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pengunjung lelaki. Ke muka 11

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.