''BETA mengambil maklum mengenai banyak usaha telah dibuat untuk meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan. Memang, kepimpinan dan pengurusan berkualiti adalah penentu bagi pencapaian dalam Perkhidmatan Awam. Kecekapan pemimpin dan pengurusan, terutama kecekapan menangani situasi di luar dugaan adalah antara perkara yang sangat perlu diberikan fokus yang cukup.'' - Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-21, Tahun 1436 Hijrah / 2014 Masihi.
''MASA yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk kepada masusia dan sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185).
4.35
TAHUN 61 / BILANGAN 75
4.45
6.10
22 JUN 2016 / 1437
6.34
12.23
3.49
6.34
7.50
JABATAN PENERANGAN
16
EDISI RABU / PERCUMA
Projek Julangan YTM berkenan Titah perlihat berangkat ke Majlis sikap keprihatinan Bertadarus YSHHB Kebawah DYMM Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah TEMBURONG, Selasa, 21 Jun. - Projek Julangan Titah merupakan usaha ke arah menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sering menggalakkan sesama masyarakat supaya bantu-membantu ke arah kebajikan. Di bawah projek berkenaan, sebanyak sembilan buah rumah persendirian termasuk sebuah rumah panjang 15 pintu telah dibina di seluruh negara bagi membantu orang-orang yang berkeperluan. Di daerah ini, sebuah rumah telah dibina di bawah projek berkenaan dan penyerahan plak rumah Projek Julangan Titah bagi Dayang Siti Mariam binti Abdullah (berusia 90 tahun) di Kampung Kenua, Mukim Bokok disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, selaku Ahli Jawatankuasa Projek
Julangan Titah. Pembinaan rumah tersebut adalah menggunakan kaedah secara Innovative Building Method (IBM) yang mana pembinaan rumah hanya mengambil masa satu bulan. Pembinaan rumah-rumah di bawah Projek Julangan Titah ini merupakan usaha-usaha yang jelas memperlihatkan sikap keprihatinan dan pemedulian Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang sentiasa mengelinga dan menitikberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat baginda, khususnya dalam kalangan golongan yang memerlukan. Projek merupakan rangkaian gabungan kerjasama yang terdiri daripada pegawai-pegawai Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pembangunan, khususnya dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Jabatan Ukur yang bertindak sebagai Urusetia Khas Projek Julangan Titah dan pemborong berkenaan. Ke muka 4
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) berkenan berangkat ke Majlis Bertadarus, Khatam Al-Quran dan Bertahlil sempena bulan Ramadan di Kompleks YSHHB. - Foto : Hamzah Mohidin (Lihat muka 3).
Majlis Khatam Al-Quran di Istana Nurul Iman
Muka 5
Muka 8
berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis dilangsungkan di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Haji Bahrin bin Pengiran Haji Abbas, di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal. Seterusnya majlis disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang didahului oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan seterusnya diikuti dengan bacaan Takhtim termasuk Tahlil beramai-ramai.
Terima kunjungan hormat
Anak yatim, warga emas terima sumbangan
Ke muka 4
Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Jun. - Majlis Bertadarus Al-Quran
yang diadakan sejak bermulanya bulan Ramadan di Istana Nurul Iman
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Kibarkan bendera 1 hingga 31 Julai BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Jun. - Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Ke-70 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, sukacita rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing juga bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan mulai hari Jumaat, 1 Julai 2016 sehingga Ahad, 31 Julai 2016. Dalam hubungan ini, Pengiran-Pengiran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing serta bagi orang ramai pula akan mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam.
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn