Pelita Brunei - Rabu 22 NOV 2017

Page 1

''Mengapa mereka (yang menuduh) itu tidak membawa empat orang saksi (untuk membuktikan tuduhan itu). Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah pendusta.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah al-Nur, ayat 13).

''KEJAYAAN pemimpin atau pegawai dapat diukur dari cara mereka menangani tugas dan membimbing orang-orang di bawah mereka. Ini sangat penting, bagi memastikan segala rancangan dan matlamat dapat dicapai dengan sempurna.'' - Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Bagi Kali Ke-22, Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi.

4.38

TAHUN 62 / BILANGAN 140

4.48

6.10

22 NOVEMBER 2017 / 1439

6.34

12.07

3

3.29

6.03

7.16

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran yang disembahkan oleh Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang Seluruh Negara sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta di Dewan Serambi Suluh, Bangunan Tarindak D'Seni, di ibu negara. Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Ke muka 3

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran yang disembahkan oleh Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang Seluruh Negara sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali (Lihat muka 3 dan 4).

Jumlah Perdagangan meningkat 25.1 peratus Siaran Akhbar dan Infografik : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 November. - Jumlah Perdagangan meningkat sebanyak 25.1 peratus tahun ke tahun menjadi BND1,063.8 juta yang terdiri daripada eksport (BND634.1 juta) dan import (BND429.7 juta), berbanding sebanyak BND850.2 juta pada bulan September 2016. Imbangan Perdagangan pula menurun sebanyak 36.0 peratus tahun ke tahun menjadi BND204.4 juta daripada BND319.6 juta pada bulan September 2016. Menurut Siaran Akhbar Jabatan

Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, eksport bulan September tahun ini meningkat sebanyak 8.4 peratus tahun ke tahun daripada BND584.9 juta (September 2016) menjadi BND634.1 juta (September 2017). Eksport Bahan Api Galian mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 94.9 peratus dari jumlah eksport, iaitu dari Minyak Mentah (BND247.5 juta) dan Gas Cecair Asli (LNG) (BND353.3 juta). Pada bulan September lalu, import barangan meningkat sebanyak 62.0 peratus tahun ke

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

tahun daripada BND265.3 juta (September 2016) menjadi BND429.7 juta (September 2017). Manakala, lima sumbangan import tertinggi mengikut komoditi adalah Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (44.5 peratus); Barang-barang Keluaran Kilang (23.8 peratus); Makanan (10.4 peratus), Bahan Api Galian (8.5 peratus) dan Bahan-bahan Kimia (5.4 peratus). Pasaran eksport terbesar adalah ke negara Jepun sebanyak 29.4 peratus dari jumlah eksport, diikuti oleh Republik Korea (15.6 peratus); India (14.4 peratus); Malaysia (13.3 peratus) dan lain-lain. Ke muka 10

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 6

Muka 9

MENERIMA mengadap USAHA realisasikan Ketua Delegasi Simposium peningkatan pengeluaran Tekstil Tradisional ASEAN padi tempatan

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.