Pelita Brunei - Rabu 23 Dis 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''NAMUN dalam zaman serba sibuk ini, walaupun sesuatu amal soleh itu mudah sahaja untuk dibuat, seperti berselawat tetapi sangat senang pula ia dicicirkan disebabkan oleh kesibukan-kesibukan yang membungkus manusia.'' - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada 12 Rabiulawal 1436H / 2 Januari 2015M.

''DAN hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk berbuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Maa-idah, ayat 2).

TAHUN 60 / BILANGAN 153

23 23 FEBRUARI DISEMBER2015 2015// 1437

11

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Brunei-Jepun terus kukuhkan hubungan dua hala Siaran Akhbar Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito, Emperor Jepun dan juga kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito Yang Ke-82 Tahun.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan

tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito, Emperor Jepun dan juga kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe sempena Ulang Tahun

Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Emperor Akihito Yang Ke-82 Tahun. Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menghargai persahabatan dan kerjasama yang sekian lama dinikmati di antara kedua-dua buah negara, dan berharap akan dapat mengukuhkan lagi persahabatan yang bernilai ini bagi kemanfaatan rakyat kedua-dua buah negara. Kebawah DYMM mengakhiri titah perutusan baginda itu dengan seterusnya menyampaikan salam sejahtera kepada Kebawah DYMM Emperor Akihito dan semoga baginda sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan begitu juga hendaknya kepada Kebawah DYMM Empress Michiko dan ahli keluarga diraja. Sementara itu, dalam titah perutusan baginda kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe, baginda merakamkan kegembiraan dapat berjumpa dengan Tuan Yang Terutama semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan November lepas di Kuala Lumpur dan seterusnya berharap di masa akan datang akan dapat peluang lagi untuk meningkatkan hubungan peribadi dan dua hala yang bernilai di antara kedua-dua buah negara. Kebawah DYMM mengakhiri titah perutusan baginda dengan menyampaikan salam muhibah kepada TYT dan semoga akan sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan bergembira.

Muliakan Hari Keputeraan Rasulullah Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama Foto : Masri Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Disember. - Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam amat terkenal dengan sifat-sifat yang terpuji dan memiliki akhlak pekerti mulia

yang amat disanjungi, maka tidak hairanlah seluruh masyarakat Islam akan mengingati dan memuliakan Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Muka 5

PROGRAM timbulkan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala

Muka 6

BND7,200 bantu keluarga ahli PGGMB

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Wasallam sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Di Negara Brunei Darussalam yang majoriti penduduk beragama Islam seperti lazimnya akan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam secara besar-besaran bagi memperkembangkan dan menyebarkan lagi syiar Islam di negara ini, di samping memperingati akan kelahiran Rasulullah yang terakhir Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebagai persediaan awal dan kelancaran perjalanan majlis itu nanti, latihan penuh bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Bagi Tahun 1437 Hijrah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini. Ke muka 24

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ketika menyaksikan latihan penuh Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Bagi Tahun 1437 Hijrah yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.