Pelita Brunei - Rabu 23 Sept 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''PARA belia mampu untuk mendatangkan impak yang besar kepada pembangunan masyarakat ASEAN, meliputi semua bidang, seperti bidang pendidikan, ekonomi, kemahiran, penguasaan teknologi dan juga kerohanian.'' - Titah Sempena Majlis Musabaqah Tilawah Al-Qur'an Belia Asia Tenggara Kali Ke-7 Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi pada 4 Zulhijah 1436H / 17 September 2015M.

''ALLAH meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Mujaadalah, ayat 11).

TAHUN 60 / BILANGAN 114

23 SEPTEMBER FEBRUARI 2015 2015 / / 1436

9

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Kebawah DYMM berkenan menghantar perutusan tahniah

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi, kerajaan dan rakyat Arab Saudi sempena dengan Hari Kebangsaan Arab Saudi.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi, kerajaan dan rakyat Arab Saudi sempena dengan Ulang Tahun Hari Kebangsaan negara tersebut. Dalam perutusan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sangat menghargai hubungan persaudaraan dan kerjasama yang penting yang sekian lama telah dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan seterusnya berharap akan berpeluang bagi meluaskan lagi hubungan yang berharga itu pada masa-masa akan datang. Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan mengurniakan kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman dan seluruh keluarga diraja sihat walafiat dan kebahagiaan yang berpanjangan seterusnya menyampaikan salam muhibah dan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha. Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Kerajaan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Adel bin Ahmed Al Jubair sempena Hari Kebangsaan Arab Saudi. Duli Yang Teramat Mulia juga melahirkan rasa penghormatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama serta kerajaan dan rakyat Arab Saudi sempena dengan sambutan tersebut. Dalam perutusan itu, DYTM melahirkan rasa penghargaan atas hubungan yang sekian lama dinikmati oleh Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi dan berharap mengukuhkan hubungan persaudaraan dan kerjasama dua hala melalui kerjasama dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). DYTM seterusnya menyampaikan salam muhibah dan ucapan selamat Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha yang penuh berkat.

Guna metode betul, tidak bercanggah syara' Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid, Nurul Nadzirah Haji Mahadin Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 September. - Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menjelaskan bahawa nasihat itu bermakna ajaran, bimbingan, peringatan dan tunjuk ajar yang baik. Nasihat yang baik harganya adalah agama sebagaimana maksud sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu agama adalah nasihat. ''Sementara nasihat dan agama itu tujuannya adalah untuk dipakai, mesti dipakai dan jika tidak dipakai nasihat dan agama itu tidak bermakna,'' kata Yang Berhormat ketika menyampaikan ceramah khasnya 'Nasihat Kepimpinan' pada Kursus Intensif Kepimpinan Pentadbiran, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di KUPU SB itu, Yang Berhormat menyatakan mengenai tujuan atau peranan dalam memproduk guru, mengasuh dan membina manusia untuk menjadi guru, iaitu suatu tugas yang paling luhur.

Yang Berhormat seterusnya melahirkan rasa bangga kerana KUPU SB belum ada lagi saingannya, baik dari segi nama mahupun sasarannya. ''Tugas melahirkan guru adalah tugas besar, tugas agung, tugas mulia kerana tanpa guru, orang tidak tahu hendak ke mana. Sebab itulah, katanya lagi Allah utus guru, yang juga dengan sekali gus menjadi ketua sekalian guru, iaitu Nabi kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Sangat perlu diambil ingatan, bahawa guru kita satu-satunya ialah Nabi, tidak kira siapa pun kita, guru biasakah atau InsyaaAllah guru yang berpangkat / bertitle doktor atau profesor, namun semua itu perlu ikut Nabi, mesti pakai cara dan kaedah Nabi kerana inilah yang terbaik. Bukankah apa-apa yang Nabi buat dan cakap itu bimbingan langsung daripada Allah?'', tegas Yang Berhormat. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, KUPU SB merupakan tempat belajar dan menimba ilmu pendidikan yang berlatarbelakangkan Usuluddin dan Syari'ah.

Jejantas tingkatkan keselamatan lalu lintas Oleh : Khartini Hamir Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 September. - Kesesakan lalu lintas di Jalan Tasek dan Jalan Berangan menuju ke Sekolah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan terutama sebelum dan selepas waktu persekolahan dapat dikurangkan dengan terbinanya sebuah jejantas. Sebuah jejantas berkenaan dapat menyediakan laluan yang selamat untuk pelajar, guru dan orang awam untuk melalui dari dan ke Jalan Kianggeh dan Jalan Tasek menghubungkan Lapau Diraja serta Radisson Hotel dan Jalan Berangan. Majlis Pembukaan dan Penyerahan Projek Jejantas tajaan Ong Tiong Oh telah berlangsung di kawasan letak kereta berhadapan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, di sini. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman hadir

merasmikan Pembukaan Jejantas berkenaan dengan menandatangani plak perasmian. Pengarah Syarikat Low San Hardware, juga selaku Pengerusi Sekolah Menengah Chung Hwa, Ong Tiong Oh menjelaskan, pembinaan jejantas berkenaan bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar dan orang awam, di samping dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Beliau juga berharap dengan terbinanya jejantas tersebut para pelajar, orang awam dan masyarakat setempat dapat memanfaatkan dengan sebaikbaiknya dan diharap kepada semua pihak untuk sama-sama mengambil peranan menjaga dan memelihara kebersihan dan penggunaan jejantas ini dengan sebaiknya. Ke muka 24

Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 23 Sept 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu